Friday, January 7, 2011

Rakyat Strikes Back!!! Tolak RULE of THE JUNGLE!!

by Pusuk

Sarawak Report baru-baru ini telah mendedahkan dengan bukti bahawa pejabat kumpulan NGO Sadia telah diserbu oleh Kementerian Dalam Negeri. Dalam serbuan ini beribu-ribu poster, flyers dan cd telah dirampas. Semua bahan ini adalah untuk menyedarkan rakyat bagaimana mereka telah ditipu dan dimanipulasikan oleh kerajaan PBB, BN di bawah kapten lanunnya Taib!

Ini ternyata betapa terdesaknya BN dalam usaha mereka untuk menutup mulut persatuan dan parti-parti yang memperjuangkan hak rakyat. Langkah menyerbu persatuan ini ternyata akan menjadi igauan ngeri PBB kerana mereka bukan sahaja menunjukkan penyalahgunaan kuasa tetapi mereka juga menunjukkan yang mereka lebih menjaga kepentingan mereka sendiri daripada menjaga kepentingan rakyat. Pusuk tidak dapat percaya betapa bodohnya orang yang mengambil tindakan seperti ini.

Seluruh Sarawak sudah tahu mengenai kewujudan skandal rampasan tanah NCR oleh Taib. Dengan melakukan serbuan seperti ini hanya akan mengiakan kewujudan skandal ini walaupun di kalangan skeptik sekalipun. Sejak pendedahan Sarawak Report, tiada langkah telah diambil oleh Taib untuk membersihkan nama sendiri tetapi berusaha menggangu laman sesawang Sarawak Report. Dan sekarang cuba untuk menutup mulut mereka ini dengan menggunakan kuasa mereka sebagai pemerintah.

Kumpulan NGO dan parti-parti seperti PKR memperjuangankan HAK RAKYAT!! Kalau PBB memang perintah yang baik seperti yang dikononkan kenapa tidak mengambil tindakan yang serius dalam menyelesaikan masalah tanah NCR ini. PKR di bawah Baru Bian telah memperjuangakan hak mereka ini dan telah berjaya memenangai beratus kes di Mahkamah Persekutuan. Kalau BN memang pentingkan rakyat kenapa BN perlu merayu kes-kes ini. Sudah sahih, ini tanah hak rakyat yang dirampas tetapi malangnya BN ingin MERAMPASNYA KEMBALI!!!

Inilah yang kita katakan sebagai RULE of THE JUNGLE! Orang yang sepatutnya diserbu adalah Taib dan kroninya. Laporan sudah pun dibuat kepada MACC tetapi sampai sekarang tiada langkah yang telah diambil ataupun lebih betul lagi tiada langkah yang BERANI DIAMBIL!! Begitu juga dengan kes Menteri Penerangan kita yang dituduh telah merogol amah Indon seperti yang dilaporkan oleh Malaysia kini. Perdana Menteri kita, Najib menjawab "kenapa sekarang baru nak timbulkan isu ini". Wahai UMNO, ini bukan soal bila, siapa dan di mana. Ini soal adakah betul ini berlaku? Kalau betul pemimpin yang bertindak berlandaskan prinsip dan agama, mungkin Najib boleh menjawab begini "Kita akan siasat kes ini. Jika betul kes ini terjadi, tindakan keras akan diambil keatas pesalah". Pusuk yang tak lepas tingkatan 25 pun tahu. Tapi itu UMNO. BAPAK RULE of JUNGLE!! Pusuk bagi nasihat supaya jangan ingatkan rakyat bodoh!! Segala kemewahan yang pemimpin PBB ada hari ini adalah dari rakyat yang telah mengundi mereka. Jangan ingat rakyat dapat dimanipulasikan sebegitu senang!

Sekarang ini pula, apabila pilihan raya sudah bakal menjelma, BN berusaha untuk memperbaiki kerosakkan yang sudah berlaku tetapi malangnya nasi sudah menjadi bubur. Sebab kita akan melipatgandakan usaha untuk menolak pemerintahan BN di Sarawak. Pusuk dan seluruh rakyat Sarawak tahu, pemimpin BN memang tahu semua skandal-skandal ini tetapi demi menjaga kepentingan mereka, hipokrit-hiprokrit ini lupa bangsa dan lupa agama!

-HIDUP RAKYAT-

No comments: