Wednesday, December 15, 2010

Rasuah Taib – Nasi sudah jadi bubur?

Menurut akhbar Borneo Post, Taib dan partinya BN telah membuat cubaan terkini untuk meyakini pengundi Pulau Beruit dengan menjanjikan rancangan untuk pembangunan! Hanya seminggu selepas kami membuat laporan tentang bagaimana Ketua Menteri dan kaum ‘kerabatnya’ menjana keuntungan jutaan ringgit dengan merompak penduduk sekaumnya, Melanau, ‘Native Customary Lands’ (NCL) atau tanah hak bumiputera di pulau tersebut, ternyata ini adalah cubaan Taib untuk meminimakan kerosakkan yang telah berlaku.


Progres dan Pembangunan? – 6 tahun selepas Taib mengambil tanah mereka dan meneroka hutan, penduduk tempatan hidup papa kedana.


Dalam siasatan kami, kami telah mengemukakan tentang bagaimana Ketua Menteri menyalahgunakan kuasanya dalam pengendalian yakni pembahagian dan perlesenan tanah kepada pemegang konsesi kelapa sawit separuh daripada tanah pulau iaitu dua orang beradik Ketua Menteri dengan harga yang teramat rendah. Hanya 12 hari selepas itu, mereka ‘dihadiahkan’ konsesi tersebut oleh kerajaan negeri (terima kasih kepada Taib) dan mereka pula telah menjual konsesi tersebut dan menjana keuntungan RM 40 juta dalam sekelip mata.

Lebih serius lagi, kami telah membuat pendedahan tentang bagaimana Ketua Menteri memberi separuh lagi tanah dari pulau tersebut kepada sebuah syarikat, Delta Padi, di mana Taib sendiri merupakan pemegang saham yang paling tinggi. Taib dan beradiknya berterusan memiliki saham yang tinggi dalam syarikat yang kini menjana keuntungan tinggi daripada perladangan kelapa sawit yang kini telah membawa kepada penderitaan penduduk peribumi dengan menggongdolkan hutan dan memusnahkan hidupan sungai akibat daripada pengunaan racun. Bagi memastikan kaum ‘kerabatnya’ menjana keuntungan yang lebih banyak daripada projek tersebut, Taib telah memberikan geran-geran kerajaan yang mewah kepada syarikatnya sendiri bagi tujuan penanaman padi.


Meminimakan kerosakan

Kini, kerakusan dan ketamakan perompak ini telah didedahkan, Taib kembali ke pulau tersebut dengan menjanjikan peluang pelaburan. Bukankah nasi sudah menjadi bubur? Dalam pengakuan perilaku skandal transaksi tanah ini yang berlaku 6 tahun lampau, akhbar Borneo Post telah mendedahkan kemiskinan yang kian telah melanda penduduk peribumi di pulau ini.

“Penduduk Pulau Bruit kini tinggal dalam keadaan yang amat memeritkan” lapor media tersebut. “Mereka diketegorikan sebagai kumpulan yang ‘TERAMAT MISKIN’ dan mereka terpaksa berterusan mengerah keringat dan mencari jalan untuk mencari sesuap nasi. Nelayan hanya dapat turun ke laut selama 4 bulan setahun dan hanya mampu menjana pendapatan RM350 sebulan dan petani yang bergantung kepada penanaman padi hanya mampu menjana pendapatan RM300 sebulan”.


Penatahan Pulau Bruit – peta ini telah disalah labelkan sebagai Delta Padi sebenarnya bukan milik Jaya Tiasa tetapi ia milik Taib.


Biarpun begitu, setelah kami membuat pendedahan yang begitu terperinci, pada masa yang sama, ‘kerabat’ Taib sedang menikmati keuntungan jutaan ringgit hasil daripada ‘rampasan’ dan penjualan tanah milik penduduk pulau ini. Mengapa penduduk tempatan tidak mendapat apa-apa pada masa tersebut dan mengapa tiada apa-apa yang telah ditawarkan kepada mereka sebelum pendedahan ‘rompakan’ ini dibuat?

Jika ‘kerabat’ Taib prihatin dengan rintihan kaumnya sendiri, Melanau, mereka sepatutnya berkongsi keungtungan RM 40 juta yang meraka perolehi dan semua lebihan wang yang mereka miliki digunakan untuk mengganti kerugian dan kehilangan dari segi tanah dan kualiti kehidupan yang telah dialami oleh penduduk situ. Lebih baik lagi, mereka sepatutnya memelihara keindahan pulau itu dan meningkatkan kualiti kehidupan tanpa menjejaskan keunikkan masyarakat Melanau Bruit.

Tetapi, realitinya, mereka hanya berpeluk tubuh sehingga kegiatan mereka didedahkan. Sehingga hari ini, Ketua Menteri hanya membuat ‘pelan’ untuk membantu. Dan pelan-pelan tersebut hanyalah untuk mendapatkan pelaburan kerajaan ke atas projek-projek ini. Pada pendapat anda, sejauh manakah pelaburan projek-projek ini dapat membantu kehidupan penduduk bumiputera di situ dan berapakah keuntungan yang akan dijana oleh syarikat-syarikat milik ‘kerabat’ Taib?


Taib boleh menghulurkan bantuan jika prihatin – dia memang cukup kaya!

Jika Taib memang prihatin terhadap tangisan kaum peribumi di situ, dia sepatutnya menggunakan sedikit sahaja daripada wang kaum ‘kerabatnya’ sekarang untuk membantu mendapatkan generator dan bekalan air bersih. Sekurang-kurangnya sedikit daripada berbilion-bilion kekayaan yang Taib miliki adalah hasil daripada mengeksploitasi penduduk Kampung Bruit, jadi mengapa tidak membalas dengan ‘sedikit’ sumbangan? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, Taib dilaporkan bercakap besar “Saya mempunyai lebih wang daripada yang saya mampu belanja”. Jadi ‘Sarawak Report’ mengesyorkan salah satu cara yang dia dapat gunakan untuk berbelanja adalah dengan memberi balik ‘sedikit’ wang kepada penduduk miskin Pulau Bruit yang dia telah rompak dan mengapa perlu penduduk tinggal dalam keadaaan papa kedana? Tidakkah pernah terdetik di hatinya apabila dia menunaikan ibadat haji ke Mekkah bulan lepas? Bermimpilah di siang hari! Taib tidak peduli saudara seiman mahupun kaum peribumi lain yang telah dia tipu dan anaiya di Sarawak!


Sentiasa diberitahu untuk ‘bersabar’

Sebaliknya, akhbar Borneo Post yang dikawal oleh kerajaan menjelaskan, seperti biasa, penduduk tempatan telah diberitahu untuk bersabar. Seperti biasa, mereka telah diberitahu untuk ‘menunngu’ keperluan asas dan pembangunan. Memandangkan mereka sudah pun menunngu selama 30 tahun di bawah pemerintahan Taib, apalah sangat jika perlu menunggu beberapa tahun lagi? Seorang ketua kampung memberitahu akhbar bahawa apa yang dihajatkan penduduk yang serba-serbi kekurangan adalah bekalan air bersih tetapi:
“mereka difahami yang kerajaan hanya akan membekalkan air pada tahun 2012. Sementara itu, mereka perlu bergantung kepada air hujan untuk air minuman, cucian, sanitasi dan lain-lain.”

Akhbar Borneo Post juga melaporkan, jalan tar yang berkeadaan baik di pulau tersebut hanyalah 7 – 8 kilometer dari Kampung Bruit ke Kampung Tekajong dan kini satu per empat daripada populasi di situ terpaksa berhijrah keluar dari pulau tersebut.


Cakap-cakap pilihan raya

Semua penduduk Sarawak sudah sepatutnya berwaspada dengan janji-janji ‘pelan projek’ menjelang pilihan raya. Melalui pengalaman lampau sudah pasti ‘pelan-pelan’ ini akan hilang dan muncul kembali pada pilihan raya akan datang. Jadi, nampaknya Taib tidak menawarkan apa-apa untuk menang undi di Pulau Bruit? Dia semestinya berfikiran bahawa mereka ini teramatlah miskin dan bodoh! Lagi pun, apakah rasional dan kewajaran di sebalik janji-janji manis yang ditaburkan oleh seorang perompak?


Peringkat-peringkat pembangunan

Akhbar Borneo Post sekali lagi mempromosikan alasan-alasan Taib “bersabarlah, kerana pembangunan akan tiba dalam peringkat”. Oleh itu, Sarawak Report ingin mengkaji peringkat-peringkat ini daripada bukti-bukti yang diperolehi.

- Langkah pertama, Taib mengambil tanah peribumi dan memberikan kepadanya sendiri atau kaum ‘kerabatnya’.

- Langkah kedua, Taib kemudiannya menjual tanah tersebut kepada tokey-tokey besar yang menawarkan syer syarikat kepada Taib dan menjana keuntungan sebanyak jutaan ringgit.

- Langkah ketiga, syarikat tersebut akan meneroka semua hasil hutan dan memusnahkan sumber makanan.

- Langkah 4, syarikat akan menanam kelapa sawit dan mencemari sungai lalu memusnahkan ikan-ikan.

- Akhir sekali langkah kelima, ‘program pembangunan dan infrastruktur’ akhirnya diumumkan. Mari kita perhalusi langkah kelima kerana ia kedengaran seakan-akan bantuan atau ganti rugi daripada pihak kerajaan.

Langkah Kelima

Pulau Bruit kini sudah mencapai Langkah Kelima dengan pengumuman wang sebanyak RM 400 juta akan dibelanjakan untuk memperbaiki kehidupan penduduk kampung! Justeru, apa rekod Taib yang menunjukkan pengendaliannya ke atas jumlah wang yang begitu banyak dan di bawah kuasanya? Semestinya, selepas 30 tahun di bawah pemerintahan Taib, rakyat tahu yang wang ini tidak akan dibelanjakan demi kepentingan rakyat.

Aspek pertama yang perlu difikirkan, jika benar wang sejumlah itu diperuntukkan, kepada saudara-mara manakah yang Taib akan tawarkan kontrak pada kali ini? Aspek kedua yang perlu difikirkan, berapakah wang yang tinggal apabila kontrak ini disubkan kepada syarikat binaan sejurus selepas ditawarkan? Berapakah keuntungan kaum ‘kerabat’ Taib? 50%? 70%? Atau lebih?

Akhir sekali, selepas syarikat binaan memulakan kerja, berapa banyak yang akan digunakan untuk kebajikan rakyat tempatan selepas ditolak dengan semua rasuah dan ‘kecurian’ yang berlaku? Akhirnya, sesuatu project akan dibina di kawasan tersebut (itu pun jika memang benar ada peruntukkan) tetapi besar kemungkinan tiada apa-apa untuk kepentingan penduduk tempatan. Kita mungkin akan melihat jalan raya yang menghubungkan kilang minyak sawit ke pelabuhan? Ataupun pejabat baru untuk syarikat perusahaan kelapa sawit? Ataupun rumah atau logi rawatan air untuk pekerja asing Indonesia?


Selamatkan diri kita sebelum terlambat!

Sebuah kerajaan yang telus dan jujur dan ganti rugi di mahkamah adalah apa yang sangat diperlukan oleh penduduk Pulau Bruit – keadaan mereka akan jauh lebih baik jika mereka meletakkan kepercayaan mereka di tangan peguam ‘tanah milik peribumi’, merangkap pengerusi PKR, Baru Bian, yang telah membawa beratus-ratus kes penipuan tanah peribumi ke muka pengadilan daripada mempercayai penyangak besar Abdul Taib Mahmud.


Baca versi Inggeris di SINI.

No comments: