Thursday, December 30, 2010

Menangkis Serangan Musuh Politik

sumber-sarawak update

Dr. Jeniri Amir

KUCHING – If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle. – Sun Tzu

Adakah Barisan Nasional (BN) mengetahui kelemahan dan kekuatannya? Adakah BN mengetahui kekuatan dan kelemahan Pakatan Rakyat? Yang lebih penting, adakah BN tahu akan strategi musuhnya? Dan, bagaimana dengan strateginya sendiri? Adakah cukup ampuh untuk menangkis serangan musuh politiknya?

Adakah BN akan bertahan ketika Pakatan Rakyat menyerangnya menjelang pilihan raya negeri akan datang? Begitu hebatkah peluru yang bakal digunakan PR untuk menyerang BN? Tidak mungkinkah BN menyerang PKdengan strategi kempen yang ampuh? Bagi memastikan kemenangan berpihak kepadanya, segala pemikir dan think-tank BN perlu belajar daripada strategi perang Sun Tzu.

Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dipetik sebagai berkata bahawa jentera BN perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi kempen parti pembangkang dan berani menangkis dakyah mereka dalam pilihan raya akan datang. Beliau, yang juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata jentera BN tidak boleh bersikap sambil lewa sebaliknya bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.

“Jentera parti harus mendekati masyarakat dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat tentang isu agar dapat dijawab dan diperjelaskan…Barulah kita dapat memenangi hati rakyat,” katanya pada majlis perjumpaan dengan jentera PBB kawasan dewan undangan negeri Tanjong Datu 12 Disember lalu.

Hakikatnya, pilihan raya ke-10, dijangka April depan, tidak lagi sama seperti pilihan raya-pilihan raya lalu, setidak-tidaknya dari segi tahap kesedaran pengundi dan rakyat tentang apa-apa yang berlaku dan berkembang dalam masyarakat. Mereka tahu apa yang dilakukan dan tidak dilakukan oleh pemimpin negeri. Mereka tahu banyak perkara tentang siapa yang mendapat apa dan bagaimana mereka mendapatkannya.

Jadi jangan perlekeh keupayaan dan pengetahuan pengundi dan rakyat. Jangan minta mereka bersyukur dengan ‘pembangunan’yang dibawa oleh kerajaan BN. Juga, jangan beritahu mereka bahawa hanya BN sahaja yang dapat memerintah, manakala pembangkang tidak akan dapat berbuat apa-apa dan hanya akan memecahkan perpaduan dan sebagainya. Hujah sedemikian bagi kebanyakan rakyat ialah hujah basi dan tidak lagi relevan. Bagi mereka hujah demikian mungkin sesuai digunakan untuk membujuk nenek berusia 80 tahun di kampung di pedalaman. Malangnya, sebahagian pemimpin politik masih lagi berfikir dengan menggunakan kerangka pemikiran lama, dan mengharapkan rakyat hanya menelan bulat-bulat apa-apa yang dinyatakan. Tentu sesuatu yang malang jika mereka berpendapat rakyat ialah robot yang tidak mempunyai otak.

BN perlu turun ke gelanggang dengan persiapan rapi dan lengkap. Gunakan strategi dan pendekatan lebih segar dan efektif. Saya masih percaya bahawa pendekatan terbaik adalah untuk menyelami hati rakyat dan berbaik-baik dengan mereka. Mereka tidak seharusnya diserang, dikritik dan disumpah seranah. Apalagi mengecap mereka sebagai tidak mengenang budi, pengkhianat, dan tidak pandai bersyukur. Jangan fikir hanya pemimpin politik sahaja yang mementingkan masa depan negeri ini.

Hakikatnya, rakyat juga mahu melihat negeri ini terus maju. Rakyat mahu sebuah kerajaan yang komited mentadbir dan mengurus negeri ini dengan penuh akauntabiliti dan ketelusan — bersih daripada segala penyelewengan dan salah guna kuasa. Rakyat wajar menegur, malah jika perlu mengkritik pemimpin politik yang melupai prinsip-prinsip kepemimpinan dan demokrasi tulen. Sebab, yang menjulang mereka ke puncak kuasa ialah rakyat.

Sejauh manakah kepemimpinan sekarang mengamalkan tadbir urus yang baik? Sejauh manakah pemimpin politik kita bersih daripada segala amalan rasuah dan salah guna kuasa? Untuk menjawabnya, tanya sahaja bagaimana persepsi rakyat terhadap mereka. Jangan katakan itu hanya persepsi, kerana hakikatnya, persepsi begitu penting dalam politik. Kadangkala persepsi lebih benar daripada realiti. Bagaimana pendapat umum tentang pemimpin dan parti yang bertandinglah yang menentukan sama ada calon atau parti berkenaan menang atau kalah dalam pilihan raya.

Kini, bukan sahaja golongan muda di bandar sudah mempunyai akses kepada maklumat yang dahulunya mungkin tersimpan kukuh di dalam fail di pejabat kerajaan. Golongan tua pun sudah tahu apa yang berlaku di negeri ini. Banyak maklumat begitu mudah tersebar. Jika tidak percaya, telitikan pelbagai sumber maklumat, blog dan portal berita di alam maya, termasuk Radio Free Sarawak dan Sarawak Report? Itu merupakan suara akar umbi yang perlu difahami betul-betul oleh pemimpin elit BN. Mereka tidak boleh lari daripada realiti. Bagaimanakah pemimpin BN dapat menangkis, dengan hujah yang meyakinkan dan masuk akal segala dakwaan dalam Sarawak Report dan radio alternatif berkenaan? Memadaikah dengan sekadar mengatakan bahawa semua itu adalah fitnah dan tuduhan tanpa asas?

Dalam keadaan sekarang, berdasarkan kajian di alam maya dan kempen yang digunakan dalam pilihan raya sebelum ini, ternyata bahawa pihak pembangkang memiliki kelebihan dari segi strategi, pendekatan dan teknik kempen. Kempen mereka adalah berteraskan penyelidikan dengan menggunakan teknik yang lebih berkesan. Jika tidak percaya, imbas balik sahaja apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil di Sibu tempoh hari. Sejauh manakah BN memanfaatkan teknologi maklumat untuk menyebarkan dan menangkis hujah dan wacana lawan dengan hujah dan wacana tandingan yang lebih meyakinkan? Adakah portal PBB, SUPP, PRS, SPDP sentiasa dikemas kini? Bandingkannya dengan portal DAP. Dari situ kita akan tahu siapa yang lebih hebat. Adakah BN menggunakan FaceBook, YouTube atau portal berita dan blog yang memihak kepadanya dengan sebaik mungkin untuk menangkis hujah lawan?

Perang politik dalam pilihan raya akan datang bukan hanya berlaku di pentas politik dan di ruai rumah panjang, tetapi juga di alam maya. Perang di alam maya ialah perang menguasai, menakluki dan menunduk minda pengundi. Siapa yang berjaya menakluki minda pengundi, pihak itulah yang akan memenangi pilihan raya kerana asasnya pilihan raya ialah membuat keputusan berdasarkan keyakinan dan kepercayaan terhadap pihak yang bertanding. Jika calon atau parti yang bertanding tidak diyakini atau dipersepsi mengutamakan diri dan keluarga, ini tentu memberi kesan kepada corak pengundian.

Persoalannya, mampukah BN menangkis serangan musuh politiknya? Jawapannnya tentu lebih jelas menjelang pilihan raya April nanti.

Penulis ialah penganalisis politik dan penulis prolifik.

Wednesday, December 29, 2010

AIR MATA SANG BUAYA!


Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud telah berusaha menggunakan akhbar Borneo Post untuk membersihkan imejnya ke atas Pulau Bruit. Sejak kebelakangan ini terdapat berita-berita yang menunjukkan bahawa beliau berasa sedih dan terkilan dengan keadaan yang membelengu penduduk pulau tersebut, dan ini juga merupakan petanda yang timbul setelah beliau dan keluarganya meragut berjuta-juta ringgit nilai tanah orang tempatan tanpa membayar mereka sebarang pampasan, yang kini semakin mendatangkan masalah kepada beliau!

Mereka ingat orang-orang ini bodoh-bodoh belaka?

Secara tiba-tiba menunjukkan rasa simpatinya sebaik sahaja kami mendedahkan kegiatannya beberapa minggu yang lalu, di mana beliau dikatakan merompak hampir keseluruhan Pulau Bruit, dan kemudiannya menyerahkannya kepada syarikat-syarikat milik beliau sekeluarga. Kami telah mendedahkan bagai mana saudara-saudaranya berjaya memperolehi RM40 juta hanya dalam masa 12 hari dengan menjualkan semula tanah-tanah NCR pulau itu, yang mana Taib telah uruskan untuk kerajaan jual kepada mereka dengan harga yang jauh lebih rendah dari nilai pasaran. Kami telah membukti bahawa beliau telah mengasingkan tanah-tanah tersebut dan menyerahkan kepada syarikat Delta Padi, di mana beliau sendiri dan ahli-ahli keluarganya memliki saham!

Menurut Borneo Post beliau telah bergegas ke pulau itu untuk membuat beberapa pindaan dan perubahan! Akhbar berkenaan menyatakan bahawa Ketua Menteri “merasa terkilan dengan keadaan di Pulau Bruit, dan beliau telah menyeru pihak-pihak yang berwibawa untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan kesihatan penduduk-penduduk di situ”. Akhbar yang dikawal-selia penuh kerajaan itu cuba sedaya-upaya nya membersihkan imej Ketua Menteri, tetapi jelas kelihatan usaha Borneo Post itu menjadi bahan ketawa dan ejekan umum apabila ia cuba memaparkan rasa simpati orang tua itu terhadap penduduk-penduduk pulau itu. Borneo Post melaporkan bahawa Ketua Menteri telah bergegas ke pulau itu setelah berita yang mendedahkan beliau telah melakukan kecurian di pulai itu yang kemudiannya “mendapati kebanyakan penduduk pulau itu mengalami masalah kekurangan makanan berkhasiat dan terdapat juga kes-kes komplikasi darah tinggi di kalangan golongan muda akibat pengambilan makanan yang tidak teratur dan memakan ikan masin berkuantiti banyak”.

Ketua Menteri itu telah menyalahkan musim tengkujuh yang menyebabkan masalah-masalah ini menimpa para penduduk di situ, tetap umum tetap mengetahui bahawa beliaulah punca masalahnya dengan merampas hutan mereka, meracuni ikan-ikan, menebang pokok-pokok dan menggantikan dengan ladang kelapa sawit tanpa sebarang pampasan. Jika beliau dan saudaranya memperuntukkan sebahagian kecil dari RM40 juta kepada penduduk pulau itu, masalah mereka pastinya boleh dikurangkan. Tetapi sebaliknya, beliau ingin melihat mereka dibelengu hidup susah dan kemudian menakut-nakutkan mereka supaya mereka tetap mengundinya dengan sogokan sekecil RM20 sahaja.

Janji yang kabur untuk menyelesaikan ‘masalah’

Borneo Post mengatakan Ketua Menteri bersedih dengan keadaan’darurat’ di pulau itu. Walau bagaimana pun, selain memberikan bantuan segera, orang tua itu sekali lagi mengungkapkan janji-janji kaburnya mengenai masa depan yang cerah (sebaik sahaja beliau selesai dengan projek meganya di Tanjung Manis, dengan harapan beliau akan menambahkan lagi kekayaannya dengan menebang lebih banyak lagi pokok kayu bakau untuk meberi ruang kepada tapak-tapak kilang). Tanpa menghulurkan bantuan serta-merta, beliau hanya mengemukakan idea dengan menyeru kepada pihak-pihak yang berwibawa untuk membekalkan kemudahan perubatan yang lebih baik. Beliau dipetik sebagai berkata:

“Jika boleh, saya menyeru kepada pihak perkhidmatan perubatan di Sarawak untuk memulakan sesuatu bagi penduduk-penduduk di situ”. Jika boleh? Taib Mahmud berkuasa mertampas mana-mana tanah pusaka sesuka hatinya untuk dirinya, seperti yang dilakukannya ke atas Pulau Bruit. Kenapa pula beliau berpura-pura rendah diri menyeru perkhidmatan perubatan untuk ‘boleh berbuat sesuatu’ demi kebaikan di Pulau Bruit! Jika penduduk-penduduk Pulau Bruit mengalami kekurangan makanan berkhasiat, beliau seharusnya bertindak dengan serta-merta, tanpa membuang masa bercakap kosong.

Masa untuk mohon bantuan kemanusiaan dari UN?

Kerajaan yang bertanggunjawab dan baik seharusnya mengambil tindakan segera bagi menangani sebarang masalah yang serius. Kenapa Taib tidak bersedia menggunakan pesawat-pesawat mewah Hornbill miliknya yang diketahui umum untuk menghantar bekalan makanan dan perubatan ke kawasan berkenaan? Atau, adakah negeri Sarawak kini, yang dikenali sebagai nengeri yang kaya dengan sumber aslinya, terpaksa memohon bantuan kemanusiaan daripada pihak United Nations (UN), kerana ketua menterinya enggan menghulurkan bantuan kecuali menolong beliau sekeluarga?

Kami boleh menjangkakan bahawa Ketua Menteri akan mengumumkan lebih banyak ole-ole untuk Pulau Bruit menjelang pilihanraya yang semakin dekat, yang beliau sebut sebagai ‘tersasar dari radar’ mereka. Sebagai permulaan kita akan menjangkakan berjuta-juta ringgit akan dibelanjakan di pulau itu, tetapi umum tidak akan terpedaya lagi dengan mengatakan bahawa jumlah tersebut akan menguntung bilang penduduk pulau yang kecil. Dengan hanya RM1 juta, sudah memadai untuk meringankan beban hidup mereka di pulau itu, tetapi Taib lebih gemar pada projek-projek raksaksa di mana beliau akan dapat menambahkan lagi kekayaannya.

Walau bagaimana pun, kami di Sarawak Report akan berasa sangat gembira jika sesuatu yang baik didatangkan ke Pulau Bruit. Ini adalah kerana Ketua Menteri, yang telah berjaya merampas tanah penduduk Pulau Bruit, dan pada masa yang sama menyedari kesengsaraan hidup mereka, sehinggalah kami mendedahkannya, telah bangun dari lamunannya, yang kini telah kami kemukakan untuk tatapan umum!


-sarawakreport-

Tuesday, December 28, 2010

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT



Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.



Download full document (English and Malay) at Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Thursday, December 23, 2010

LAWAN tetap…. LAWAN!!!

Setelah sekian lama penduduk Sarawak mendiamkan diri, Pusuk percaya sudah terdetik di dalam naluri setiap penduduk Sarawak yang masanya telah tiba. Minggu lepas Pusuk ke Kuching, jumpa saudara. Sempatlah ambil kesempatan nak sembang-sembang sikit. Tapi Pusuk betul-betul malu. Sebab ada orang tanya Pusuk.. “hai.. orang Mukah tak pandai nak sedar-sedar?” Merah cili muka Pusuk. Macam cencaluk! Pusuk malu sebab semua orang tengah sembang tentang perintah bersih, perintah adil, perintah yang tak ada rasuah, perintah yang pentingkan rakyat dan yang paling penting adalah perintah yang memperjuangkan hak demokrasi rakyat tetapi orang Mukah masih dibuai mimpi. Masih berangan-rangan. Masih percaya yang perintah kita sekarang, PBB, mampu memperjuangkan hak orang Melanau.

PBB yang tampak sudah ketandusan idea baru-baru ini menyelar penduduk Sarawak. Dia kata penduduk Sarawak sudah lupa sumbangan PBB di Sarawak. Siapa boleh lupa PBB..? Kalau tiap-tiap tahun mengundi datang dengan janji yang serupa????? Siapa boleh tak ingat?? Kalau tiap-tiap tahun cakap nak bagi air, bagi jalan. Ingat orang Sarawak bodoh ka?? Kalau sekali sekala.. dua kali..???

Di Sarawak sekarang muncul pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat. Hak kaum peribumi. Pemimpin seperti Baru Bian yang telah begitu konsisten dalam perjuangannya dalam mengembalikan tanah-tanah hak peribumi Sarawak yang telah disonglap oleh Taib. Inikah yang PBB katakan sebagai memperjuangkan hak rakyat Sarawak (songlap tanah)??? Tetapi PBB dengan usaha yang gigih cuba untuk meracuni minda penduduk Sarawak. Fitnah itu ini. Kutuk macam-macam. Pusuk dapat lihat, yang diperjuangkan Parti Keadilan dan sekutunya di Sarawak adalah perjuangan ikhlas untuk rakyat. Ada En. Baru ambil tanah orang lain? Lebih teruk lagi tanah orang yang sekaum dengannya? Satu sen pun dia tak ambil. Malah pergi berjuang pun guna duit sendiri.

Inilah cara PBB. Guna kuasa untuk menyebar propaganda yang sudah lapuk!! Siapa tak tahu media-media dikawal oleh PBB?? Siapa lagi yang tak tahu yang Taib dan PBB curi tanah penduduk Sarawak?? Kenapa gentar? Kenapa takut nak bagi wakil rakyat DAP untuk bahas isu ini di DUN?? Kenapa nak tutup semua ini? Kenapa takut nak bincang benda yang didedahkan Sarawak Report secara terbuka? Kalau tak bersalah kenapa takut nak balas? Ini yang hantar wakil cikai yang tak sedar tersalah cakap. Cakap tak salah jadi menteri dan curi makan sikit-sikit (makna yang dicakap). Ingat orang Sarawak bangang ka?? Nak kata UMNO memang terlalu teruk di Malaya, Pusuk ingat dah takda parti lain yang lagi teruk.. tapi rupanya ada! Pusuk nak refresh sikit, bila Perdana Menteri kita dilibatkan oleh begitu banyak negara dengan kes pembunuhan, dia kata apa?? Najib cakap.. itu hal kecil jer. Ada hal besar lagi yang perlu ditangani (makna yang dicakap). Perdana Menteri ke ini??? Bila orang kaitkan dengan kes bunuh, tapi takut nak lawan balik. Ketua Menteri Sarawak.. Taib. Orang dedahkan dengan segala jenis kegiatan jahat yang dilakukan… tapi hantar menteri cikai nak jawab. CHIEF MINISTER… kaban…….!!!!!



Media kita melaporkan yang PBB guna wang rakyat nak serang perjuangan Keadilan. Menteri PBB jawab tiada kes. PBB tak buat benda macam ini. Tapi tiba-tiba blog penghasut dan pemfitnah muncul bagai cendawan. Tak cakap benda lain. Hasut dan fitnah saja… Pusuk nak bagi contoh.. Melanau Blogger.. fitnah saja-saja.. nak kata Melanau, kompom bukan. Cakap Melanau tak reti. Sokong UMNO pula tu.. sejak bila orang Sarawak suka UMNO?????! Bila Pakatan bagi fakta, mereka bagi fitnah. Baru Bian perjuangkan hak orang Sarawak, mereka kutuk kau-kau!! Inikah yang dimaksudkan PBB sebagai memperjuangkan hak rakyat Sarawak? Pusuk ada satu lagi kes.. Sarawak Report.. hari-hari kena kacau. Lawan takut. Guna wang rakyat upah orang lihai komputer, godam Sarawak Report. PBB… tolong ‘upgrade’ sikit pengetahuan komputer. Tua-tua pun komputer kena pandai.. Semua orang tahu yang PBB buat hal dengan Sarawak Report. Nak tutup apa?

Melihat dengan tentangan kaum-kaum lain di Sarawak kepada pemerintahan kotor PBB, Pusuk sedar yang masanya telah tiba. Rakyat Sarawak sudah tidak tahan dengan kekotoran pemimpin PBB. Rakyat Sarawak akan bangkit dan lawan. Lawan tetap…..LAWAN!!

-Pusuk bangga dengan kaum lain di Sarawak tetapi masih kecewa dengan kaum sendiri, Melanau-

Saturday, December 18, 2010

DUIT…DUIT…DUIT!!



Mabei akew bluya jahak jelawaih a baih kerja perintah gak kedai bintulu dipah Maybank. ABC giyern aneng diak nyam. Critalah mua hal-hal mengundi ngak segak. “Beilah udei duit bak jenuah BN gak telou neh”, ley sien. Bak melei naseng telew udei. Manah alu yau sakai kou itou. Biasalah.. sai bah pejuah un duit gak telou? Duit yern bah. Mun nebei duit nda tudui malam teluo buyak. Bak melei susu aniek. Bak melei rukok. Bak melei sayur. Bak bayar bill. Bak bayar kretak. Semua duit. Haih…

Akew kena peden jemelai gak Mukah aneng nebei cukup duit. Idak angai jemelei nebei kerja tetep. Bei kawak jemelei jahak tubeng balau, dudai da’at, pejaja bager, kerja ladang, mesei gidei ginan.. beji-beji pun cara, tetep kawak yern usaha telew bak pinyieng duit. Wak diak tan, telou gak Mukah nebei rasa susah angai mudip. Nebei seneng bak matai. Semanget ‘setia kawan’ telou aneng diak. Sakai perlu, telew tolong. Telou perlu, sakai tolong. Jadi minew tan telou bak gagau-gagau bak mengundi? Peduli inew nda? Telou bei a likou Melanau jadi Ketua Menteri. Nda sukup diakkah? Telou likou Melanau hanyalah likou no 5 idak gak Sarawak. Jadi syukur angai ngak telou.

Tapi…. Telou nda peden gamber wak ayeng. Telou nelok bak taew kesan telou nebei pigak kisah gak inew wak berlaku. Telou nda migak-migak keman tudui telou itou. BN tetep telew sukoung buyak Taib kena jadi Ketua Menteri. Tipow kelew ka Taib?? Akew pun mudip ji kelew. Kerja bei. Duit bei jumik. Cukup-cukup bak keman un. Syukurlah ley kew mala. Tapi akew sader keman tudui. Mun teji un akew ajau… ga’an tuju kew 5 ta’un keman ajau. Kenakah akew bak melei lebok ayeng-ayeng ji akek gak Mukah? Kenakah akew bak mengakan sawa aniek kew? Semua bareng bawai harga. Gaji bawai jumik jelakau. Minew tejikah? Minew perintah nda piker gak telew???? Mampukah telou ji len lau yern? Telew gaji nebei ayeng. Ndalah ji a kerja ayeng dagen perintah. CEO kompeni-kompeni Taib.

Bukankah perintah mala pejanji bak menuloung telou? Bak mengubah nasib telou? Tapi ji den kew, nebei alu tan akew rasa berubah. Nebei alu tan akew rasa mudip kew ngak bei diak jumik. Makin sakit beilah. Akew ngak fed-up!!!! Cukuplah. Perintah keman duit berjuta-juta. Telou? 300 ratuih bak juah tiep lakau bak mengundi. Juahlah 5 ribu jelawaih gak telou.

“Amun ta’u Taib bak mengubah mudip telou, minou nda pejuah jumik gak telou duit berbillion-billion siyern gak telou. Billion-billion yern bah. Bukan jumik. Ga’an kena diut kalai yern???? Amun nda telou a likou Mukah tetap menyokong siyern”.

Tapi cukuplah!! Melew ngak jarak angai ngak. Melew lok mudip melew berubah. Melew a jemelai lok bak kena bak menentu masa depan melew. Walaupun melew bak mudip gak kampuong, melew nelok mudip susah. Melew lok adil!! Melew lok perintah bersi! Melew lok duit wak patut nejuah gak telou nejuah gak telou! Bukan bak masuok poket perintah wak rasuah! Wak pemudei un kerja!!!

Likou Mukah, akew bak menyabek telou bak mula pekedeng! Menuliek perintah wak kaya tapi telou miskin!!! A likou Melaya ngak pahem. Yern lah lau yern menuliek perintah itew. Perintah madam itew!! Telou kerja bak matai-matai tapi a nyadin kaya, Taib jahak geng-geng siyern!! Nyadin minew telou a likou Melanau itew nelok bak sader kawak????!!!

-duit-duit…. Paya gei telew bak mudip diak?..-

Friday, December 17, 2010

Skandal Serius Perolehan Tanah oleh Taib Terbongkar!

Sarawak Report sedang menyusun dokumen-dokumen yang membolehkan kami buat pertama kalinya membuktikan bahawa Ketua Menteri telah menyalahgunakan kuasanya dalam skandal pengambilan tanah pada skala yang besar daripada penduduk Sarawak. Dengan menggunakan beberapa sumber, yang kebanyakkannya Taib berusaha untuk menutup, kami kini akan menguraikan secara terperinci skandal rampasan tanah hak peribumi atau Native Customary Rights Lands (NCR) untuk kegunaannya sendiri dan kaum ‘kerabatnya’ dan juga keuntungan luar biasa yang telah dijana dengan cara mengeksploitasi kaumnya sendiri.

Gejala rasuah yang terlampau meluas ini dan kesannya yang membinasakan begitu banyak komuniti Dayak dan ke atas bumi Sarawak, menyebabkan kami tidak mampu untuk mengupas isu ini dalam satu artikel sahaja. Justeru, kami akan mengkaji bukti-bukti kami dalam beberapa minggu yang akan datang dan melaporkan kepada anda hasil kajian dalam beberapa artikel, di mana kami akan melaporkan kesan kerakusan Taib ke atas suluruh komuniti bumi Sarawak.

Corak yang nyata di bawah pemerintahan Ketua ‘Mencuri’

Kemusnahan alam sekitar di Pulau Bruit – pertama, Taib gonggolkan hutan, diikuti dengan penanaman kelapa sawit.

Justeru, kita dapat melihat satu corak yang nyata ataupun ‘modus operansi’ di mana Taib telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengayakan sendiri dan kaum ‘kerabatnya’ dengan merampas tanah milik kelaurga kaum Dayak. Dengan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Sumber dan Perancangan merangkap Ketua Menteri, beliau mengamalkan polisi meminggirkan Tanah Hak Peribumi ataupun Native Customary Rights (NCR) Lands atas nama pembangunan, satu bentuk praktis yang telah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan.

Walau bagaimanapun, Taib sentiasa berusaha untuk merahsiakan pengaut keuntungan utama di sebalik polisi ini. Identiti kompeni sebenar yang telah diberikan sebahagian tanah milik kaum Dayak oleh kerajaan negeri dan jumlah wang yang perlu dibayar sepatutnya diketahui umum tetapi malangnya infomasi ini kebiasaannya dilabelkan sebagai rahsia kerajaan dan ditandakan RAHSIA oleh Jabatan Pendaftaran Tanah.

Sarawak Report kini dapat mengesahkan dan mungkin tidak memeranjatkan bahawa banyak kompeni-kompeni ini adalah kepunyaan ‘kerabat’ Taib ataupun miliknya sendiri ataupun individu yang mempunyai kepentingan politik atau perniagaan kepada Taib. Bukti kami juga memperincikan bagaimana kebiasaannya Ketua Menteri menawarkan tanah yang banyak kepada kompeni milik ‘kerabatnya’ dengan harga yang teramat rendah (atau percuma) yang seterusnya akan menjual tanah ini dengan secepat mungkin (kebiasaannya hanya dalam beberapa hari) kepada rakan perniagaan kroni untuk dan menjana sejumlah keuntungan yang besar.

Kaum ‘kerabat’ Taib biasanya akan memeterai perjanjian dengan mendapat sebahagian daripada syer ataupun jawatan direktor di dalam kompeni induk (seringkali dengan mengunakan identiti yang tersembunyi) supaya mereka dapat berterusan menikmati keuntungan daripada ‘pembangunan’ tanah, tetapi dalam satu capasiti yang tidak menyerlah. ‘Pembangunan’ yang dimaksudkan ini, hampir pasti merangkumi aktiviti penerokaan kayu balak yang bernilai komersial tinggi dan perladangan kelapa sawit seterusnya menyebabkan kaum Dayak hidup dalam keadaan yang papa dengan pekerjaan yang berpendapatan rendah dan biasanya dibayar dengan ganti rugi yang tidak munasabah rendahnya.

Salah satu kes yang memeranjatkan

Kilang Iblis – menjana keuntungan daripada tanah NCR


Sarawak Report telah membuktikan bahawa aktiviti skandal ini bertempat di salah satu kes rampasan tanah yang paling kontravesi angkara Kerajaan Negeri Sarawak. Penduduk Melanau Pulau Bruit yang amat miskin berdekatan Sibu merupakan salah satu komuniti yang telah menderita kesan daripada ‘pembangunan’ ini, biarpun mereka merupakan kaum yang sama keturunan dengan Ketua Menteri. Sebahagian tanah di situ diiktiraf sebagai Taman Negera kerana paya bakau yang tiada nilainya dan keindahan flora dan faunanya. Pada tahun 2004, Ketua Menteri melihat kawasan tersebut sesuai dengan ‘pembangunan’ ladang kelapa sawit, walaupun mendapat protes antarabangsa ke atas kemusnahan Sarawak kesan daripada perladangan kelapa sawit.

Justeru, pada May 2004, 10,000 hektar tanah pulau ini telah diberikan kepada kompeni Eastern Eden Sdn Bhd dan 5,000 hektar kepada kompeni Poh Zhen. Sudah tentu penduduk tempatan tidak tahu menahu tentang perancangan ini sehingga kompeni perladangan kelapa sawit datang dan mula meneroka hutan paya bakau pada tahun berikutnya dan menanam kepala sawit. Kompeni ini hanya menawarkan RM120 per hektar tanah – menjadikan jumlah keseluruhan pembayaran hanya sejuta lebih untuk dibahagikan kepada seluruh komuniti sebagai pampasan kepada tanah hak peribumi ini.

Encik Bahrum, salah seorang ketua kampung menerangkan bagaimana dia mengetahui tentang ‘pembangunan’ yang dimaksudkan apabila beliau pergi ke hutan untuk mencari ikan dan makanan. Di pingkir hutan, beliau telah mendapati satu kawasan besar telah diterokai. Bahrum dan suku kaumnya yang telah menetap di situ sejak sekian lama meluahkan bahawa pada asalnya kompeni perladangan ini telah menjanjikan penduduk tempatan yang mereka meneroka hutan untuk penanaman padi untuk penduduk tempatan tetapi realitinya seluruh kawasan tersebut kini telah dipenuhi dengan kelapa sawit. NGO telah melaporkan kepada Sarawak Report bahawa penduduk yang membangkang telah mengadu yang mereka telah diancam dan ditangkap dan akhirnya mereka menerima wang pampasan yang sedikit itu kerasa merasakan mereka sudah ketandusan pilihan.

Penderitaan mereka

Sumber air yang tercemar – Pulau Bruit berhadapan dengan risiko banjir kerana kemusnahan hutan paya bakau angkara polisi-polisi Taib.


Bahrum mengadu bahawa penduduk di situ menghadapi masalah kekurangan makanan yang serius kerana hutan dan ikan-ikan telah musnah. Mereka juga menderita akibat daripada sumber air yang tercemar kesan daripada penggunaan racun serangga dan baja kelapa sawit. Tidak ramai yang mendapat pekerjaan. ‘Pembangunan’ ini telah menular ke seberang pulau dan memasuki kawasan Iban dan membawa kesan negatif ke atas 8 komuniti di Sungai Lengan. NGO Sadia telah mengutarakan isu ini di Meja Bulat tentang ‘Sustainable Palm Oil’ bahawa pembalakkan juga dikesan telah memasuki kawasan Taman Negara pulau tersebut. Kaum Iban pula telah mengadu bahawa mereka sudah pun berhadapan dengan masalah kesihatan dan masalah kekurangan makanan kesan daripada pencemaran air. Ikan-ikan hampir pupus dan kanak-kanak mula sakit. Malangnya tiada pampasan yang diterima oleh kaum Iban di situ.

Sadia dan firma perundangan milik pengerusi PKR Baru Bian sedang mengerah keringat siang dan malam membantu kaum peribumi di situ dengan membawa kes-kes ke muka pengadilan untuk melindungi sedikit tanah-tanah yang masih tinggal dan menyaman untuk mendapat pampasan yang sepatutnya. Tetapi adalah tidak mengejutkan jika penduduk tempatan mengatakan mereka tidak menyokong wakil rakyat mereka di Parlimen, Norah Binti Abdul Rahman. Dia juga merupakan eksekutif projek ‘pembangunan’ Tanjung Manis yang telah membawa kepada kemusnahan seluruh kawasan itu dan dia juga merupakan anak buah kepada Ketua Menteri, Taib Mahmud.

‘Wakil Rakyat Usahawan’ – Anak buah Taib, Norah Abdul Rahman telah menang tanpa bertanding pada tahun 2008.


Norah dan Taib telah menjamu mereka sendiri pada musim panas ke satu lawatan ke Universiti Oxford di UK (turut serta adalah 2 buah pesawat yang dipenuhi dengan pegawai-pegawai yang dibiayai dengan wang rakyat) dengan tujuan untuk mempromosikan projek bisnes di rantau ini di majlis-majlis yang telah dianjurkan oleh Universiti Sekolah Bisnes Said. Norah sedang mencari pelaburan antarabangsa untuk aktiviti pembalakkan dan pemusnahan bagi memajukan sebuah ‘Hub Makanan Halal’ di negeri majoriti Kristian di Malaysia.

Lebih tidak memeranjatkan, Norah baru-baru ini telah mengumumkan bahawa sejumlah wang yang besar akan dibelanjakan untuk membangunkan infrastruktur seperti jalan, elektrik dan air di kawasan yang penduduknya telah diabaikan dalam program ‘pembangunan’ di kawasan mereka selama ini dan mereka yang telah kehilanga hutan dan sumber ikan. Dia semestinya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya yang akan datang tetapi adakah janji ini akan dikotakan atau tidak selepas plihan raya, itu adalah suatu kisah yang sama sekali tiada pautan. Penduduk tempatan adalah dinasihati untuk tidak mempedulikan rasuah 60 ringgit yang dia akan tawarkan dan terus mengetepikannya walaupun dia menggandakan wang tersebut! Adalah menjadi hak mereka untuk menerima wang itu tetapi mengundi parti yang berbeza sama sekali.

Kami dedahkan siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan

Ini adalah kerana aspek yang paling mengejutkan pendedahan ini adalah bahagian yang masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Siasatan kami telah merungkap berapa banyakkah wang yang telah diperolehi oleh ‘kerabat’ Norah hasil daripada mengeksploitasi kaum peribumi Pulau Bruit. Apabila penduduk tempatan cuba untuk mengenalpasti pemilik kompeni perladangan yang telah ditawarkan tanah oleh Taib sebagai Ketua Menteri dan Menteri Sumber dan Perancangan, mereka telah mengenalpasti bahawa kompeni Eastern Eden dan Poh Zhen milik Jaya Tiasa sebuah syarikat subsidiari kompeni besar pembalakkan Rimbunan Hijau, yang dijalankan oleh kroni rapat Ketua Menteri. Oleh itu, wakil penduduk tempatan telah menyalurkan bantahan mereka kepada kompeni ini.



Jaya Tiasa membeli kompeni milik Arip, Eastern Eden dan Poh Zhen 12 hari selepas dia mendapat hak perladangan dari Pejabat Ukur Tanah Taib – dan untuk pembelian syarikat ini keuntungannya adalah RM40 sahaja!

Walau bagaimanapun, Sarawak report kini mampu untuk mendedahkan bahawa pemilik asal kompeni ini ialah kedua orang adik-beradik Taib, Allahyarham Arip dan Ali Mahmud. Mereka mendapat geran tanah daripada kerajaan pada 19 May 2004 dengan membuat pembayaran RM6 juta kepada Eastern Eden untuk tanah seluas 10,000 hektar dan RM3 juta kepada Poh Zhen untuk tanah seluas 5,000 hektar. Walau bagaimanapun, hanya dalam masa 12 hari pada 31 May 2004 mereka telah menjual tanah tersebut melalui kompeni di atas kepada kroni mereka, tokey kayu balak Rimbunan Hijau/Jaya Tiasa, Tiong Choong sebanyak RM33 juta dan RM 16 juta!! Ini jelas menunjukkan untung bersih RM40 juta dikaut oleh ‘kerabat’ Taib hanya dalam masa 12 hari!



Isteri Arip, Azerina mempunyai 1 juta syer dalam kompeni Jaya Tiasa, kompeni yang telah membeli tanah yang telah ditawarkan oleh pejabat Ukur Tanah Taib. Jadi, mereka masih berterusan mendapat keuntungan hasil daripada rampasan tanah NCR.

Seterusnya, kebenaran kepada corak yang kami telah kenal pasti, ‘kerabat’ Allahyarham Arip masih menikmati keuntungan yang berterusan dengan kompeni yang telah ‘berurusniaga’ dengan mereka. Sarawak Report telah mengenalpasti sejumlah besar syer Jaya Tiasa berterusan dimiliki oleh keluarga Allahyarham Arip (beliau meninggal pada tahun 2005).

Syer-syer ini jelas diberikan kepada mereka sebagai ‘pemanis’ hasil daripada ‘urusniaga’ tanah tadi. Ini bermakna ‘kerabat’ Taib akan berterusan menjana keuntungan yang lumayan daripada perladangan kelapa sawit dan pembalakkan dari tanah yang telah dirompak daripada penduduk peribumi selain daripada keuntungan ‘urusniaga’ tanah yang telah ditawarkan oleh Taib kepada mereka dengan harga yang teramat rendah.


Baca versi Inggeris di SINI.

Thursday, December 16, 2010

Migak gei telew!



Migak gei telew, bau ngak matalau. Tudui tayi angai nebei diak ley a lakei. Telew a likou aneng terdengah angai rajin telew. Pinter telew. Utek telew aneng nyunyieh angai. Tapi 30 taun itew, gaan tuju telew? Nda sigah un.. telew. Buyak tekap, buyak nisak, buyak kenata, nda alah-alah tudui un telew. Dagen rencana adik itew, diaklah telew bak sama-sama pegui ji hala tuju telew a likou.

30 taun telew menyukong BN. 30 taun telew buyak tipu. 30 taun telew buyak nisak. Seneng-seneng a mengakun likou tapi nda pernah pun telew peden jawai gak likou. Saikah a deraih angai itew? Kena misak telew a likou lah un. Paluikah telew itew? Cubak telew pikir adep. Wak inew ji wak kenena telew baih 30 taun menyukong BN? Jalan 20 taun japan kalup. Duit ratuih juta ley dengah perintah bak subet jalan. Kajih tayi kena tahan 2 taun. Mun nda buyak ladang sawit, penupei jalan yern bak senibet BN. (Bacak kelew Sarawak Report). Minew perintah bak subet jalan gak Daro? Minew bak subet jalan baew gak Miri? Semua buyak ladang sawit. Sai boss ayeng kompeni-kompeni itew? Nebei patut telew nda taew. Palui-palui un telew pesayak perintah bak menuluong telew. Sibet jalak menara 13 tingket, manah alu ngak telew. Semadi nadai ley telew mala. Kalik kena den keman otar space sama ley telew. Sibet udei kilang aluminium. Kilang arang batu. Sai kaya? Telew a likou kah kaya? Sai sensarak? Bintulu rejek taktak kilang itew. Likou putih pebenok nelok madak a subet kilang arang batu jahak aluminium. Telew manah-manah menerimak. Nda sekulkah telew itew? Samalah ley mak lahabei, penadak a skul nda kelew.

Cubak telew pegui contoh Daro. Agei bei ji kelew peden jekan Pa’at? “Japah pun susah bak kenah. Bak kun pun mebey. Nak gik bak jajah.” Sama ley a Daro. Tapi bila time mengundi neh, janji perintah jumik, juah duit jumik, lalulah telew itew bak menyukong perintah udei. Gak kedai kupi kemain gei telabau. Komplen itu ini. Dibak langit! Peden duit jumik, teruih nda sigah. Murah angaikah telew itew? Bak benelei a maruah telew bak duit jumik. Juah RM300 manah alu ngak telew. Kena bak melei toto abei neh. Tejikah telew bak pejaja likou telew debei?

TEJIKAH TELEW A LIKOU???

Jadi akew bak muyat semua likou Melanau wak rasa bak menukar nasib telew itew, diaklah telew bak sama-sama melawen perintah telew lau itew. Bak pigek baliek kuasa telew a mengundi. Duit telew a bayar cukai itu ini. Tanak payeng gahak mayeng telew. Semua wak patut bak jenuah gak telew. Migaklah gei telew!

Itew hanyalah luahan rasa. Naseng kawak nda diak tan. Baih itew idak isu-isu wak akan telew sama-sama pegui. Nyadin akew bak menyabek sakai-sakai bak pejuah komen kelew gak gitew.

Wednesday, December 15, 2010

Rasuah Taib – Nasi sudah jadi bubur?

Menurut akhbar Borneo Post, Taib dan partinya BN telah membuat cubaan terkini untuk meyakini pengundi Pulau Beruit dengan menjanjikan rancangan untuk pembangunan! Hanya seminggu selepas kami membuat laporan tentang bagaimana Ketua Menteri dan kaum ‘kerabatnya’ menjana keuntungan jutaan ringgit dengan merompak penduduk sekaumnya, Melanau, ‘Native Customary Lands’ (NCL) atau tanah hak bumiputera di pulau tersebut, ternyata ini adalah cubaan Taib untuk meminimakan kerosakkan yang telah berlaku.


Progres dan Pembangunan? – 6 tahun selepas Taib mengambil tanah mereka dan meneroka hutan, penduduk tempatan hidup papa kedana.


Dalam siasatan kami, kami telah mengemukakan tentang bagaimana Ketua Menteri menyalahgunakan kuasanya dalam pengendalian yakni pembahagian dan perlesenan tanah kepada pemegang konsesi kelapa sawit separuh daripada tanah pulau iaitu dua orang beradik Ketua Menteri dengan harga yang teramat rendah. Hanya 12 hari selepas itu, mereka ‘dihadiahkan’ konsesi tersebut oleh kerajaan negeri (terima kasih kepada Taib) dan mereka pula telah menjual konsesi tersebut dan menjana keuntungan RM 40 juta dalam sekelip mata.

Lebih serius lagi, kami telah membuat pendedahan tentang bagaimana Ketua Menteri memberi separuh lagi tanah dari pulau tersebut kepada sebuah syarikat, Delta Padi, di mana Taib sendiri merupakan pemegang saham yang paling tinggi. Taib dan beradiknya berterusan memiliki saham yang tinggi dalam syarikat yang kini menjana keuntungan tinggi daripada perladangan kelapa sawit yang kini telah membawa kepada penderitaan penduduk peribumi dengan menggongdolkan hutan dan memusnahkan hidupan sungai akibat daripada pengunaan racun. Bagi memastikan kaum ‘kerabatnya’ menjana keuntungan yang lebih banyak daripada projek tersebut, Taib telah memberikan geran-geran kerajaan yang mewah kepada syarikatnya sendiri bagi tujuan penanaman padi.


Meminimakan kerosakan

Kini, kerakusan dan ketamakan perompak ini telah didedahkan, Taib kembali ke pulau tersebut dengan menjanjikan peluang pelaburan. Bukankah nasi sudah menjadi bubur? Dalam pengakuan perilaku skandal transaksi tanah ini yang berlaku 6 tahun lampau, akhbar Borneo Post telah mendedahkan kemiskinan yang kian telah melanda penduduk peribumi di pulau ini.

“Penduduk Pulau Bruit kini tinggal dalam keadaan yang amat memeritkan” lapor media tersebut. “Mereka diketegorikan sebagai kumpulan yang ‘TERAMAT MISKIN’ dan mereka terpaksa berterusan mengerah keringat dan mencari jalan untuk mencari sesuap nasi. Nelayan hanya dapat turun ke laut selama 4 bulan setahun dan hanya mampu menjana pendapatan RM350 sebulan dan petani yang bergantung kepada penanaman padi hanya mampu menjana pendapatan RM300 sebulan”.


Penatahan Pulau Bruit – peta ini telah disalah labelkan sebagai Delta Padi sebenarnya bukan milik Jaya Tiasa tetapi ia milik Taib.


Biarpun begitu, setelah kami membuat pendedahan yang begitu terperinci, pada masa yang sama, ‘kerabat’ Taib sedang menikmati keuntungan jutaan ringgit hasil daripada ‘rampasan’ dan penjualan tanah milik penduduk pulau ini. Mengapa penduduk tempatan tidak mendapat apa-apa pada masa tersebut dan mengapa tiada apa-apa yang telah ditawarkan kepada mereka sebelum pendedahan ‘rompakan’ ini dibuat?

Jika ‘kerabat’ Taib prihatin dengan rintihan kaumnya sendiri, Melanau, mereka sepatutnya berkongsi keungtungan RM 40 juta yang meraka perolehi dan semua lebihan wang yang mereka miliki digunakan untuk mengganti kerugian dan kehilangan dari segi tanah dan kualiti kehidupan yang telah dialami oleh penduduk situ. Lebih baik lagi, mereka sepatutnya memelihara keindahan pulau itu dan meningkatkan kualiti kehidupan tanpa menjejaskan keunikkan masyarakat Melanau Bruit.

Tetapi, realitinya, mereka hanya berpeluk tubuh sehingga kegiatan mereka didedahkan. Sehingga hari ini, Ketua Menteri hanya membuat ‘pelan’ untuk membantu. Dan pelan-pelan tersebut hanyalah untuk mendapatkan pelaburan kerajaan ke atas projek-projek ini. Pada pendapat anda, sejauh manakah pelaburan projek-projek ini dapat membantu kehidupan penduduk bumiputera di situ dan berapakah keuntungan yang akan dijana oleh syarikat-syarikat milik ‘kerabat’ Taib?


Taib boleh menghulurkan bantuan jika prihatin – dia memang cukup kaya!

Jika Taib memang prihatin terhadap tangisan kaum peribumi di situ, dia sepatutnya menggunakan sedikit sahaja daripada wang kaum ‘kerabatnya’ sekarang untuk membantu mendapatkan generator dan bekalan air bersih. Sekurang-kurangnya sedikit daripada berbilion-bilion kekayaan yang Taib miliki adalah hasil daripada mengeksploitasi penduduk Kampung Bruit, jadi mengapa tidak membalas dengan ‘sedikit’ sumbangan? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, Taib dilaporkan bercakap besar “Saya mempunyai lebih wang daripada yang saya mampu belanja”. Jadi ‘Sarawak Report’ mengesyorkan salah satu cara yang dia dapat gunakan untuk berbelanja adalah dengan memberi balik ‘sedikit’ wang kepada penduduk miskin Pulau Bruit yang dia telah rompak dan mengapa perlu penduduk tinggal dalam keadaaan papa kedana? Tidakkah pernah terdetik di hatinya apabila dia menunaikan ibadat haji ke Mekkah bulan lepas? Bermimpilah di siang hari! Taib tidak peduli saudara seiman mahupun kaum peribumi lain yang telah dia tipu dan anaiya di Sarawak!


Sentiasa diberitahu untuk ‘bersabar’

Sebaliknya, akhbar Borneo Post yang dikawal oleh kerajaan menjelaskan, seperti biasa, penduduk tempatan telah diberitahu untuk bersabar. Seperti biasa, mereka telah diberitahu untuk ‘menunngu’ keperluan asas dan pembangunan. Memandangkan mereka sudah pun menunngu selama 30 tahun di bawah pemerintahan Taib, apalah sangat jika perlu menunggu beberapa tahun lagi? Seorang ketua kampung memberitahu akhbar bahawa apa yang dihajatkan penduduk yang serba-serbi kekurangan adalah bekalan air bersih tetapi:
“mereka difahami yang kerajaan hanya akan membekalkan air pada tahun 2012. Sementara itu, mereka perlu bergantung kepada air hujan untuk air minuman, cucian, sanitasi dan lain-lain.”

Akhbar Borneo Post juga melaporkan, jalan tar yang berkeadaan baik di pulau tersebut hanyalah 7 – 8 kilometer dari Kampung Bruit ke Kampung Tekajong dan kini satu per empat daripada populasi di situ terpaksa berhijrah keluar dari pulau tersebut.


Cakap-cakap pilihan raya

Semua penduduk Sarawak sudah sepatutnya berwaspada dengan janji-janji ‘pelan projek’ menjelang pilihan raya. Melalui pengalaman lampau sudah pasti ‘pelan-pelan’ ini akan hilang dan muncul kembali pada pilihan raya akan datang. Jadi, nampaknya Taib tidak menawarkan apa-apa untuk menang undi di Pulau Bruit? Dia semestinya berfikiran bahawa mereka ini teramatlah miskin dan bodoh! Lagi pun, apakah rasional dan kewajaran di sebalik janji-janji manis yang ditaburkan oleh seorang perompak?


Peringkat-peringkat pembangunan

Akhbar Borneo Post sekali lagi mempromosikan alasan-alasan Taib “bersabarlah, kerana pembangunan akan tiba dalam peringkat”. Oleh itu, Sarawak Report ingin mengkaji peringkat-peringkat ini daripada bukti-bukti yang diperolehi.

- Langkah pertama, Taib mengambil tanah peribumi dan memberikan kepadanya sendiri atau kaum ‘kerabatnya’.

- Langkah kedua, Taib kemudiannya menjual tanah tersebut kepada tokey-tokey besar yang menawarkan syer syarikat kepada Taib dan menjana keuntungan sebanyak jutaan ringgit.

- Langkah ketiga, syarikat tersebut akan meneroka semua hasil hutan dan memusnahkan sumber makanan.

- Langkah 4, syarikat akan menanam kelapa sawit dan mencemari sungai lalu memusnahkan ikan-ikan.

- Akhir sekali langkah kelima, ‘program pembangunan dan infrastruktur’ akhirnya diumumkan. Mari kita perhalusi langkah kelima kerana ia kedengaran seakan-akan bantuan atau ganti rugi daripada pihak kerajaan.

Langkah Kelima

Pulau Bruit kini sudah mencapai Langkah Kelima dengan pengumuman wang sebanyak RM 400 juta akan dibelanjakan untuk memperbaiki kehidupan penduduk kampung! Justeru, apa rekod Taib yang menunjukkan pengendaliannya ke atas jumlah wang yang begitu banyak dan di bawah kuasanya? Semestinya, selepas 30 tahun di bawah pemerintahan Taib, rakyat tahu yang wang ini tidak akan dibelanjakan demi kepentingan rakyat.

Aspek pertama yang perlu difikirkan, jika benar wang sejumlah itu diperuntukkan, kepada saudara-mara manakah yang Taib akan tawarkan kontrak pada kali ini? Aspek kedua yang perlu difikirkan, berapakah wang yang tinggal apabila kontrak ini disubkan kepada syarikat binaan sejurus selepas ditawarkan? Berapakah keuntungan kaum ‘kerabat’ Taib? 50%? 70%? Atau lebih?

Akhir sekali, selepas syarikat binaan memulakan kerja, berapa banyak yang akan digunakan untuk kebajikan rakyat tempatan selepas ditolak dengan semua rasuah dan ‘kecurian’ yang berlaku? Akhirnya, sesuatu project akan dibina di kawasan tersebut (itu pun jika memang benar ada peruntukkan) tetapi besar kemungkinan tiada apa-apa untuk kepentingan penduduk tempatan. Kita mungkin akan melihat jalan raya yang menghubungkan kilang minyak sawit ke pelabuhan? Ataupun pejabat baru untuk syarikat perusahaan kelapa sawit? Ataupun rumah atau logi rawatan air untuk pekerja asing Indonesia?


Selamatkan diri kita sebelum terlambat!

Sebuah kerajaan yang telus dan jujur dan ganti rugi di mahkamah adalah apa yang sangat diperlukan oleh penduduk Pulau Bruit – keadaan mereka akan jauh lebih baik jika mereka meletakkan kepercayaan mereka di tangan peguam ‘tanah milik peribumi’, merangkap pengerusi PKR, Baru Bian, yang telah membawa beratus-ratus kes penipuan tanah peribumi ke muka pengadilan daripada mempercayai penyangak besar Abdul Taib Mahmud.


Baca versi Inggeris di SINI.