Monday, January 3, 2011

Mimpi Ngeri BN

by Pusuk.

Sarawak merupakan satu negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum yang unik dan indah tradisinya. Satu negeri yang dicanang dengan persefahaman dan integriti kaum yang tidak terkira nilainya. Dengan adanya nilai inilah, tolak ansur dan budi pekerti penduduk Sarawak tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Mungkin tiada satu negara lain dalam peta dunia yang mempuyai keunikkan ini lantas mengangkat Sarawak, bumi terbesar di Borneo, sebagai bumi terindah.

Kini Sarawak berdepan dengan ancaman besar. Ancaman kehilangan identiti yang selama ini dipertahankan oleh penduduk bumi Sarawak. Arus politik yang bertiup kencang dari seberang telah membawa kesedaran kepada rakyat Sarawak. Selama 30 tahun di bawah pemerintahan satu parti yang telah memegang pucuk pimpinan, rakyat Sarawak akhirnya sedar bahawa kuasa rakyat telah hampir lupus sepenuhnya. Janji-janji pemimpin untuk membawa satu kehidupan yang indah kepada setiap orang penduduk Sarawak, sudah menjadi igauan ngeri rakyat. Rakyat Sarawak telah diracuni dengan propaganda BN bahawa BN adalah parti yang memperjuangkan hak rakyat. Realitinya betapa silapnya persepsi ini dan betapa daifnya kita kerana mempercayai propaganda ini. Setelah sekian lama kita meletakkan kepercayaan kita kepada pemimpin yang kita sendiri pilih untuk mengetuai rakyat kita, Sarawak sedar betapa dasyatnya akibat daripada keputusan kita.

Igauan ngeri Rakyat Sarawak bakal berubah. Berubah dengan merobak segala pemimpin yang rakus dan tamak lantas mengenepikan hak dan kepentingan rakyat. “Setiap insan yang bertapak di bumi ini patut dihormati sebagai manusia yang mempunyai maruah dan kebebasan. Pemimpin BN lupa bahawa rakyatlah yang meletakkan mereka di kerusi empuk yang mereka duduk sekarang. Rakyat memberi kepercayaan kepada mereka untuk memimpin kita. Jangan bertepuk dada kerana menikmati segala kemewahan hasil daripada titik peluh setiap insan yang bergelar rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak menderita, ditindas, dipermainkan dan tidak dihormati oleh pemimpin-pemimpin rakus ini”. Wang dan kehormatan perlu ditabur oleh rakyat hanya untuk menjemput pemimpin datang untuk mendengar rintihin rakyat. Inilah layanan pemimpin yang diundi oleh rakyat kepada kita. Dengan bongkak dan sombong, tamak dan rakus lantas lupa, yang rakyatlah yang memberi peluang kepada mereka untuk bergelar YB.

Mimpi ngeri BN bukan lagi Sarawak Report atau Malaysiakini, tapi rakyat Sarawak. Rakyat yang sudah merasa jijik dan meluat dengan keangkuhan pemimpin BN. Pemimpin BN patut berasa malu dengan setiap orang penduduk bumi Sarawak. Segala kokotoran, ketamakkan dan penipuan akhirnya sudah terbongkar dengan nyata. Kini rakyat Sarawak mahukan pemimpin yang dapat mendengar rintihan rakyat saban hari. Pemimpin yang berjiwa rakyat. Memperjuangankan hak rakyat. Menitik beratkan keperitan kehidupan rakyat. Bukan pemimpin yang rakus mempergunakan rakyat demi wang dan kekayaan. Bukan duduk berpeluk tubuh di DUN atau Parlimen. Rakyat Sarawak bakal bangkit dan memperjuangkan kembali kedudukan rakyat, suara rakyat, rintahan dan keluhan rakyat.

Rakyat Sarawak bakal bersatu hati, mengembleng tenaga dan mengerah segala tenaga dan peluh untuk mengingati setiap orang pemimpin yang tamak dan haloba ini bahawa rakyat yang berkuasa, bukannya mereka. Rakyat yang menentukkan masa depan, bukannya mereka. Keadilan dan Pakatan Rakyat akan berganding bahu dengan setiap penduduk Sarawak untuk mengembalikan hak UTAMA ini kembali kepada rakyat… HIDUP RAKYAT!!!!

No comments: