Friday, December 17, 2010

Skandal Serius Perolehan Tanah oleh Taib Terbongkar!

Sarawak Report sedang menyusun dokumen-dokumen yang membolehkan kami buat pertama kalinya membuktikan bahawa Ketua Menteri telah menyalahgunakan kuasanya dalam skandal pengambilan tanah pada skala yang besar daripada penduduk Sarawak. Dengan menggunakan beberapa sumber, yang kebanyakkannya Taib berusaha untuk menutup, kami kini akan menguraikan secara terperinci skandal rampasan tanah hak peribumi atau Native Customary Rights Lands (NCR) untuk kegunaannya sendiri dan kaum ‘kerabatnya’ dan juga keuntungan luar biasa yang telah dijana dengan cara mengeksploitasi kaumnya sendiri.

Gejala rasuah yang terlampau meluas ini dan kesannya yang membinasakan begitu banyak komuniti Dayak dan ke atas bumi Sarawak, menyebabkan kami tidak mampu untuk mengupas isu ini dalam satu artikel sahaja. Justeru, kami akan mengkaji bukti-bukti kami dalam beberapa minggu yang akan datang dan melaporkan kepada anda hasil kajian dalam beberapa artikel, di mana kami akan melaporkan kesan kerakusan Taib ke atas suluruh komuniti bumi Sarawak.

Corak yang nyata di bawah pemerintahan Ketua ‘Mencuri’

Kemusnahan alam sekitar di Pulau Bruit – pertama, Taib gonggolkan hutan, diikuti dengan penanaman kelapa sawit.

Justeru, kita dapat melihat satu corak yang nyata ataupun ‘modus operansi’ di mana Taib telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengayakan sendiri dan kaum ‘kerabatnya’ dengan merampas tanah milik kelaurga kaum Dayak. Dengan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Sumber dan Perancangan merangkap Ketua Menteri, beliau mengamalkan polisi meminggirkan Tanah Hak Peribumi ataupun Native Customary Rights (NCR) Lands atas nama pembangunan, satu bentuk praktis yang telah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan.

Walau bagaimanapun, Taib sentiasa berusaha untuk merahsiakan pengaut keuntungan utama di sebalik polisi ini. Identiti kompeni sebenar yang telah diberikan sebahagian tanah milik kaum Dayak oleh kerajaan negeri dan jumlah wang yang perlu dibayar sepatutnya diketahui umum tetapi malangnya infomasi ini kebiasaannya dilabelkan sebagai rahsia kerajaan dan ditandakan RAHSIA oleh Jabatan Pendaftaran Tanah.

Sarawak Report kini dapat mengesahkan dan mungkin tidak memeranjatkan bahawa banyak kompeni-kompeni ini adalah kepunyaan ‘kerabat’ Taib ataupun miliknya sendiri ataupun individu yang mempunyai kepentingan politik atau perniagaan kepada Taib. Bukti kami juga memperincikan bagaimana kebiasaannya Ketua Menteri menawarkan tanah yang banyak kepada kompeni milik ‘kerabatnya’ dengan harga yang teramat rendah (atau percuma) yang seterusnya akan menjual tanah ini dengan secepat mungkin (kebiasaannya hanya dalam beberapa hari) kepada rakan perniagaan kroni untuk dan menjana sejumlah keuntungan yang besar.

Kaum ‘kerabat’ Taib biasanya akan memeterai perjanjian dengan mendapat sebahagian daripada syer ataupun jawatan direktor di dalam kompeni induk (seringkali dengan mengunakan identiti yang tersembunyi) supaya mereka dapat berterusan menikmati keuntungan daripada ‘pembangunan’ tanah, tetapi dalam satu capasiti yang tidak menyerlah. ‘Pembangunan’ yang dimaksudkan ini, hampir pasti merangkumi aktiviti penerokaan kayu balak yang bernilai komersial tinggi dan perladangan kelapa sawit seterusnya menyebabkan kaum Dayak hidup dalam keadaan yang papa dengan pekerjaan yang berpendapatan rendah dan biasanya dibayar dengan ganti rugi yang tidak munasabah rendahnya.

Salah satu kes yang memeranjatkan

Kilang Iblis – menjana keuntungan daripada tanah NCR


Sarawak Report telah membuktikan bahawa aktiviti skandal ini bertempat di salah satu kes rampasan tanah yang paling kontravesi angkara Kerajaan Negeri Sarawak. Penduduk Melanau Pulau Bruit yang amat miskin berdekatan Sibu merupakan salah satu komuniti yang telah menderita kesan daripada ‘pembangunan’ ini, biarpun mereka merupakan kaum yang sama keturunan dengan Ketua Menteri. Sebahagian tanah di situ diiktiraf sebagai Taman Negera kerana paya bakau yang tiada nilainya dan keindahan flora dan faunanya. Pada tahun 2004, Ketua Menteri melihat kawasan tersebut sesuai dengan ‘pembangunan’ ladang kelapa sawit, walaupun mendapat protes antarabangsa ke atas kemusnahan Sarawak kesan daripada perladangan kelapa sawit.

Justeru, pada May 2004, 10,000 hektar tanah pulau ini telah diberikan kepada kompeni Eastern Eden Sdn Bhd dan 5,000 hektar kepada kompeni Poh Zhen. Sudah tentu penduduk tempatan tidak tahu menahu tentang perancangan ini sehingga kompeni perladangan kelapa sawit datang dan mula meneroka hutan paya bakau pada tahun berikutnya dan menanam kepala sawit. Kompeni ini hanya menawarkan RM120 per hektar tanah – menjadikan jumlah keseluruhan pembayaran hanya sejuta lebih untuk dibahagikan kepada seluruh komuniti sebagai pampasan kepada tanah hak peribumi ini.

Encik Bahrum, salah seorang ketua kampung menerangkan bagaimana dia mengetahui tentang ‘pembangunan’ yang dimaksudkan apabila beliau pergi ke hutan untuk mencari ikan dan makanan. Di pingkir hutan, beliau telah mendapati satu kawasan besar telah diterokai. Bahrum dan suku kaumnya yang telah menetap di situ sejak sekian lama meluahkan bahawa pada asalnya kompeni perladangan ini telah menjanjikan penduduk tempatan yang mereka meneroka hutan untuk penanaman padi untuk penduduk tempatan tetapi realitinya seluruh kawasan tersebut kini telah dipenuhi dengan kelapa sawit. NGO telah melaporkan kepada Sarawak Report bahawa penduduk yang membangkang telah mengadu yang mereka telah diancam dan ditangkap dan akhirnya mereka menerima wang pampasan yang sedikit itu kerasa merasakan mereka sudah ketandusan pilihan.

Penderitaan mereka

Sumber air yang tercemar – Pulau Bruit berhadapan dengan risiko banjir kerana kemusnahan hutan paya bakau angkara polisi-polisi Taib.


Bahrum mengadu bahawa penduduk di situ menghadapi masalah kekurangan makanan yang serius kerana hutan dan ikan-ikan telah musnah. Mereka juga menderita akibat daripada sumber air yang tercemar kesan daripada penggunaan racun serangga dan baja kelapa sawit. Tidak ramai yang mendapat pekerjaan. ‘Pembangunan’ ini telah menular ke seberang pulau dan memasuki kawasan Iban dan membawa kesan negatif ke atas 8 komuniti di Sungai Lengan. NGO Sadia telah mengutarakan isu ini di Meja Bulat tentang ‘Sustainable Palm Oil’ bahawa pembalakkan juga dikesan telah memasuki kawasan Taman Negara pulau tersebut. Kaum Iban pula telah mengadu bahawa mereka sudah pun berhadapan dengan masalah kesihatan dan masalah kekurangan makanan kesan daripada pencemaran air. Ikan-ikan hampir pupus dan kanak-kanak mula sakit. Malangnya tiada pampasan yang diterima oleh kaum Iban di situ.

Sadia dan firma perundangan milik pengerusi PKR Baru Bian sedang mengerah keringat siang dan malam membantu kaum peribumi di situ dengan membawa kes-kes ke muka pengadilan untuk melindungi sedikit tanah-tanah yang masih tinggal dan menyaman untuk mendapat pampasan yang sepatutnya. Tetapi adalah tidak mengejutkan jika penduduk tempatan mengatakan mereka tidak menyokong wakil rakyat mereka di Parlimen, Norah Binti Abdul Rahman. Dia juga merupakan eksekutif projek ‘pembangunan’ Tanjung Manis yang telah membawa kepada kemusnahan seluruh kawasan itu dan dia juga merupakan anak buah kepada Ketua Menteri, Taib Mahmud.

‘Wakil Rakyat Usahawan’ – Anak buah Taib, Norah Abdul Rahman telah menang tanpa bertanding pada tahun 2008.


Norah dan Taib telah menjamu mereka sendiri pada musim panas ke satu lawatan ke Universiti Oxford di UK (turut serta adalah 2 buah pesawat yang dipenuhi dengan pegawai-pegawai yang dibiayai dengan wang rakyat) dengan tujuan untuk mempromosikan projek bisnes di rantau ini di majlis-majlis yang telah dianjurkan oleh Universiti Sekolah Bisnes Said. Norah sedang mencari pelaburan antarabangsa untuk aktiviti pembalakkan dan pemusnahan bagi memajukan sebuah ‘Hub Makanan Halal’ di negeri majoriti Kristian di Malaysia.

Lebih tidak memeranjatkan, Norah baru-baru ini telah mengumumkan bahawa sejumlah wang yang besar akan dibelanjakan untuk membangunkan infrastruktur seperti jalan, elektrik dan air di kawasan yang penduduknya telah diabaikan dalam program ‘pembangunan’ di kawasan mereka selama ini dan mereka yang telah kehilanga hutan dan sumber ikan. Dia semestinya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya yang akan datang tetapi adakah janji ini akan dikotakan atau tidak selepas plihan raya, itu adalah suatu kisah yang sama sekali tiada pautan. Penduduk tempatan adalah dinasihati untuk tidak mempedulikan rasuah 60 ringgit yang dia akan tawarkan dan terus mengetepikannya walaupun dia menggandakan wang tersebut! Adalah menjadi hak mereka untuk menerima wang itu tetapi mengundi parti yang berbeza sama sekali.

Kami dedahkan siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan

Ini adalah kerana aspek yang paling mengejutkan pendedahan ini adalah bahagian yang masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Siasatan kami telah merungkap berapa banyakkah wang yang telah diperolehi oleh ‘kerabat’ Norah hasil daripada mengeksploitasi kaum peribumi Pulau Bruit. Apabila penduduk tempatan cuba untuk mengenalpasti pemilik kompeni perladangan yang telah ditawarkan tanah oleh Taib sebagai Ketua Menteri dan Menteri Sumber dan Perancangan, mereka telah mengenalpasti bahawa kompeni Eastern Eden dan Poh Zhen milik Jaya Tiasa sebuah syarikat subsidiari kompeni besar pembalakkan Rimbunan Hijau, yang dijalankan oleh kroni rapat Ketua Menteri. Oleh itu, wakil penduduk tempatan telah menyalurkan bantahan mereka kepada kompeni ini.



Jaya Tiasa membeli kompeni milik Arip, Eastern Eden dan Poh Zhen 12 hari selepas dia mendapat hak perladangan dari Pejabat Ukur Tanah Taib – dan untuk pembelian syarikat ini keuntungannya adalah RM40 sahaja!

Walau bagaimanapun, Sarawak report kini mampu untuk mendedahkan bahawa pemilik asal kompeni ini ialah kedua orang adik-beradik Taib, Allahyarham Arip dan Ali Mahmud. Mereka mendapat geran tanah daripada kerajaan pada 19 May 2004 dengan membuat pembayaran RM6 juta kepada Eastern Eden untuk tanah seluas 10,000 hektar dan RM3 juta kepada Poh Zhen untuk tanah seluas 5,000 hektar. Walau bagaimanapun, hanya dalam masa 12 hari pada 31 May 2004 mereka telah menjual tanah tersebut melalui kompeni di atas kepada kroni mereka, tokey kayu balak Rimbunan Hijau/Jaya Tiasa, Tiong Choong sebanyak RM33 juta dan RM 16 juta!! Ini jelas menunjukkan untung bersih RM40 juta dikaut oleh ‘kerabat’ Taib hanya dalam masa 12 hari!



Isteri Arip, Azerina mempunyai 1 juta syer dalam kompeni Jaya Tiasa, kompeni yang telah membeli tanah yang telah ditawarkan oleh pejabat Ukur Tanah Taib. Jadi, mereka masih berterusan mendapat keuntungan hasil daripada rampasan tanah NCR.

Seterusnya, kebenaran kepada corak yang kami telah kenal pasti, ‘kerabat’ Allahyarham Arip masih menikmati keuntungan yang berterusan dengan kompeni yang telah ‘berurusniaga’ dengan mereka. Sarawak Report telah mengenalpasti sejumlah besar syer Jaya Tiasa berterusan dimiliki oleh keluarga Allahyarham Arip (beliau meninggal pada tahun 2005).

Syer-syer ini jelas diberikan kepada mereka sebagai ‘pemanis’ hasil daripada ‘urusniaga’ tanah tadi. Ini bermakna ‘kerabat’ Taib akan berterusan menjana keuntungan yang lumayan daripada perladangan kelapa sawit dan pembalakkan dari tanah yang telah dirompak daripada penduduk peribumi selain daripada keuntungan ‘urusniaga’ tanah yang telah ditawarkan oleh Taib kepada mereka dengan harga yang teramat rendah.


Baca versi Inggeris di SINI.

No comments: