Wednesday, January 12, 2011

Berpijak Di Bumi Nyata


Mungkin kita sudah biasa mendengar ungkapan ini.. "orang Sarawak masih tinggal atas pokok ka?" ataupun "nak pergi rumah ko kena naik perahu ker?" ataupun "eh...gi tempat ko, ader flight ek?". Apa reaksi kita apabila kita mendengar kenyataan begini? Rendah diri? Atau lasuk? Pusuk seperti kebanyakkan orang juga pernah mendengar kenyataan atau soalan begini daripada orang seberang dan Pusuk tak nafikan betapa mendidihnya perasaan Pusuk ketika itu. Kalau kenalan' biasanya Pusuk akan jawab, "jangan nak sombong, korang dengan bangga kutuk orang Sarawak tapi tak sedar Sarawak yang banyak menyumbang kepada kekayaan korang daripada hasil minyak Sarawak". Tetapi bila Pusuk sudah dapat melihat keadaan yang sebenar, Pusuk mulai sedar.. yang silap bukan mereka tetapi kita.

Dulu memang tidak dapat dinafikan kita tidak mempunyai pengetahuan dalam internet. Pusuk pun pertama kali pegang komputer pada tahun 1990. Pusuk masih ingat zaman muda-muda dulu bagaimana Pusuk bekerja keras untuk siapkan tugasan menggunakan type writer. Sampai sakit hujung jari. Itu dulu. Sekarang dengan adanya internet dan pengetahuan kita mengendalikannya, dunia bagai tiada sempadan. Kita dengan mudah boleh mendapat maklumat. Oleh itu, Pusuk kaji dan selidik, Pusuk dapati tiada gunanya nak salahkan rakan seMalaysia dari seberang. Kita yang naif, kita yang tak dapat terima kebenaran yang sebenarnya kita yang silap selama ini. Biar Pusuk ungkaikan di sini...

Benar atau tidak, Pusuk tak berani nak kata. Tapi kita boleh selidiki. Ini hanya sekadar pendapat Pusuk dari sumber kajian yang Pusuk baca. Orang Mukah lebih bijak membuat keputusan.

Semasa M menjadi PM kita, PM telah memulakan ekspedisi pencarian minyak di Sarawak dengan menggunakan Pet sebab Shell sudah jana keuntungan. Apabila Pet telah berjaya menjumpai minyak-minyak yang banyak ini maka dengan segeralah M menyiapkan perjanjian untuk ditandatangai oleh Sarawak. Tetapi yang kita tidak tahu, rupa-rupanya dalam perjanjian ini tadi, Sarawak hanya berhak ke atas minyak Sarawak jika minyak itu berada dalam linkungan 12km dari pesisir pantai Sarawak. Yang selebihnya, persekutuan yang punya. Oleh itu, kita dapat lihat kebanyakkan rig-rig minyak ini berad lebih dari 12km dari pesisir pantai Sarawak. Walaupun terdapat kemungkinan minyak ini terdapat dalam lingkungan 12km dari pesisir pantai Sarawak. Pusuk nak tanya, jika hanya 12km dari pesisir pantai Sarawak yang punya, bagaimana dengan hasil yang lain seperti ikan? Adakah ini bermakna jika ikan berada lebih 12km dari pesisir pantai Sarawak, persekutuan yang punya? Ini mungkin kerugian kita kerana kejahilan kita. Kita tidak pernah minta perjanjian ini untuk tatapan umum. Untuk kita rakyat Sarawak lihat bersama. Oleh kerana ini, Tengku Razaleigh walaupun dari parti Umno di Kelantan dengan lantang memperjuangkan royalty minyak di Kelantan ditambah. (selidiki latar belakang Tengku Razaleigh). Tetapi di mana suara kita? Kenapa pemimpin kita tidak menyuarakan apa-apa walaupun mereka tahu isi kandungan perjanjian ini? Sakarang, Angkatan Rakyat telah berjanji untuk menaikkan royalty minyak kita kepada 20% daripada hanya 5% yang kita dapat sekarang. Kenapa pemimpin BN Sarawak tidak berani bersuara dalam hal ini? Adakah kita menyertai Malaysia tetapi tidak berhak bersuara? Pusuk hanya musykil.

Kita menyertai Malaysia pada September 1969. Apakah 18 perjanjian yang telah dipersetujui? Tidak pernahkan kita tertanya-tanya? Adakah perjanjian ini kita ikuti sampai sekarang? Kenapa kita tidak pernah tahu isi kandungan perjanjian ini? Adakah ia begitu rahsia sehinggakan rakyat Sarawak tidak boleh mengetahui isi kandungan perjanjian ini?? Pusuk gembira akhirnya ada juga menteri yang inginkan perjanjian ini diikuti. Timbalan Ketua Menteri kita, beberapa minggu yang lepas, dengan lantang menyeru kerajaan persekutuan untuk menghormati perjanjian ini. Pusuk hairan. Kenapa selepas 30++ tahun baru nak memperjuangkan perjanjian ini.?Itu pun selepas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, berjanji untuk memberi autonomi penuh kepada Sarawak jika Angkatan Rakyat menang pilihan raya akan datang. Kenapa BN Sarawak tidak memperjuangkan hak rakyat Sarawak seawal menyertai Malaysia? Adakah kerana pemimpin BN telah diberi kepentingan untuk menutup mulut?

Dalam artikel Pusuk yang lepas, Pusuk ada menyebut tentang dasar pecah dan perintah. Dasar inilah yang telah menyebabkan rakyat buta dan tidak tahu menahu tentang kewujudan perjanjian-perjanjian ini. Jika kerajaan BN serius dalam memperjuangkan rakyat, mereka sepatutnya sudah berusaha untuk mengeluarkan Sarawak dari belenggu kemiskinan. Majukan rakyat pedalaman. Berikan mereka benda yang sepatutnya rakyat Sarawak perolehi. Tetapi kita dapat lihat, BN tiada niat untuk membantu mereka. Kerana apa? Kerana jika mereka semakin maju, maka semakin banyaklah kekotoran BN yang akan mereka ketahui. Kita di abad berbeza. Bukan senang nak tutup bangkai gajah dengan daun benyoh, apatalah lagi jika sudah madam!

Penduduk Mukah tidak ketinggalan dari manipulasi BN. Kita terlalu senang berpuas hati. Memang benar, untuk mengukur pembangunan sesebuah negara, kita melihat kepada material. Kebendaan. Bangunan, jalan dan lain-lain. Tetapi adakah dengan pembinaan beberapa bangunan baru di Mukah, hidup kita menjadi lebih senang? Adakah kita makin selesa dengan kenaikkan harga barang yang melampau sejak kebelankangan ini? Adakah kita menikmati kenaikkan gaji yang mampu bersaing dengan kenaikkan harga barang? Adakah kita merasa semakin kaya atau kita merasa hidup semakin susah? Kenapa tiada pemimpin kita yang memperjuangkan kesusahan kita? Kenapa BN Sarawak hanya duduk diam?Kita warga Mukah boleh fikir dan boleh pilih. Samada kita inginkan kerajaan sekarang? Ataupun kita inginkan kerajaan yang mampu memperjuangkan hak rakyat Sarawak?

"Beliau juga mempersoalkan adakah Najib sudah mengambil kira kemampuan kewangan negara ketika mencadangkan pembinaan Menara Warisan 100 tingkat.Katanya, wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu membekalkan biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu orang di United Kingdom dengan kos RM1 juta seorang. Wang itu juga mampu menampung biasiswa 10 ribu pelajar di fakulti perubatan di Mesir" Idris Ahmad. Sumber: Malaysiakini.

Adakah semua warga Mukah sedar dengan isu-isu yang sedang diperkatakan di segenap penjuru Sarawak? Ataupun kita lebih senang duduk diam tanpa melakukan apa? Ataupun kita rela menjual Negeri kita dengan RM300 setiap pilihan raya?

-Kita yang bertanggungjawab atas tragedi ini. Kita berkuasa untuk menulis sejarah baru abad ini. Gunakanlah kuasa kita dengan bijak-



Monday, January 10, 2011

Kita Sangka Kita Dalam Zon Selesa!



By Pusuk.

Selama ini, kita Melanau menyangkakan kita selesa. Kita dijaga baik oleh YB2 Melanau kita. Taib pun orang Melanau juga. Kita rasa suara kita kedengaran. Kita rasa ada orang yang memperjuangkan hak kaum kita Melanau. Jadi kita mula berpeluk tubuh. Kita leka dan lalai. Tidak peka dengan perubahan yang sedang kita hadapi. Mungkin juga ini adalah kerana dasar BN yang digunakan untuk memperbodohkan rakyat selama ini. Dasar ini kita ketahui sebagai dasar pecah dan perintah. Divide and conquer. Dasar inilah yang digunakan untuk memanipulasi rakyat dengan janji-janji pembangunan yang begitu manis didengar. Mari kita lihat beberapa contoh ini.



Contoh 1) Jalan raya Mukah-Selangau. Janji ini telah kita dengar selama puluhan tahun. Sekarang, sebelum pilihan raya, jalan raya Mukah-Selangau disiapkan dengan secepat mungkin. Tidakkah terdetik di hati kita mengapa jalan raya ini tidak dapat bertahan lama? Mengapa hayatnya tidak sampai 2 tahun? Jawapannya hanya satu. Kualitinya adalah terlampau rendah. Terdapat desas-desus yang mengatakan seorang pegawai tinggi JKR meletak jawatan kerana tidak tahan dengan sikap kerajaan yang mempertahankan kontraktor yang menyiapkan jalan dengan kualiti yang rendah ini. Pusuk tahu siapa jurutera ini tetapi demi menjaga kepentingannya terpaksa Pusuk rahsiakan. (namanya bermula dengan huruf T) Mungkin kita orang Mukah boleh meminta JKR untuk mengemukakan salinan lukisan plan ini dan kita upah jurutera untuk menilai kualiti jalan kita samada betul mengikut kualiti lukisan plan atau tidak? Ini hak kita orang Mukah.


Contoh 2) Kilang aluminium dan kilang arang batu. Kilang ini dibina di Mukah dengan hanya mendapat kelulusun daripada beberapa orang yang Pusuk tidak mahu sebutkan di sini. Tetapi orang Mukah boleh selidiki. Kilang ini merupakan antara kilang yang mengeluarkan racun toksik yang paling merbahaya di DUNIA! Mengapa kilang ini dibina di Mukah? Mengapa orang Mukah langsung tidak mampu untuk mengeluarkan protes kita atas pembinaan kilang-kilang ini. Cuba kita tanya pekerja di kilang aluminium, berapa orangkah penduduk Mukah yang bekerja sebagai eksekutif di kilang-kilang ini. Atau hanya sebagai stor keeper dan sebagainya. Mengapa? Tidak ada seorang kah penduduk Mukah yang berkemampuan? Ini kerana terdapat rahsia yang tidak dapat dibocorkan. Kita boleh menemubual beberapa kontraktor yang terlibat dalam pembinaan kilang-kilang ini. Antara komplen yang biasa didengar ialah kerosakkan handphone apabila berada di dalam kilang ini. Sekarang ini pula terdapat komplen baru yang mengatakan hasil tanaman mereka yang berdekatan kilang ini sudah mula mati. Bagaimana pula dengan lepasan air kilang ini yang dialirkan ke dalam laut kita? Sudahkah kita periksa kandungan toksiknya? Kita akan terkejut dengan hasil kajian ini. Persoalannya, mengapa kilang ini dibina di Mukah??? Seperti yang Pusuk telah dedahkan, pembinaan kilang ini telah ditolak oleh bahagian-bahagian lain di Sarawak. Tetapi kita orang Mukah menyambut pembinaan kilang ini seperti satu pembangunan??! Betapa daifnya kita.

Contoh 3) Ladang kelapa sawit. Ladang-ladang ini merupakan salah satu daripada plan pembangunan Taib. Cara kendalian tanah untuk perladangan ini sudah didedahkan oleh Sarawak Report. Sila lawati laman web ini untuk mendapat berita yang lebih mendalam. http://www.sarawakreport.org/ Lebih parah lagi, ladang-ladang ini menggunakan racun yang amat memudaratkan persekitaran. Ini yang terjadi di Daro dan Igan. Sudah terdapat berita yang penduduk Mukah sudah mula merasakan impak dan kesan daripada ladang-ladang ini. Adakah kerana keuntungan semata-mata, kehidupan dan kesihatan rakyat tergadai. (tambahan lagi hospital Mukah hanya ada x-ray). Dan bagaimana kompeni-kompeni ladang ini boleh dihadiahkan State Land yang sebegitu banyak sampai puluhan ribu ekar tanah? Tidakkah ini pelik? Bagaimana pula dengan pembinaan sebuah resort oleh salah sebuah kompeni ini? Kompeni ini milik usahawan yang sudah ternama. Tidakkan dia dapat melihat risiko kerugian apabila membina resort ini? Ini kerana resort ini adalah pengabur mata kita, pemanis buat orang Mukah yang mudah berpuas hati untuk menghadiahkan tanah dan konsesi ladang kepada kompeni ini bagi memastikan Taib dan kerabatnya mendapat keuntungan yang tidak putus2.



Contoh 4)Lapangan Terbang "Antarabangsa" Mukah. Sudah berapa lama kita dengar lapangan terbang ini akan dibina? 5 tahun, 10 tahun? Mengapa setiap kali pilihan raya kita akan mendengar janji yang sama? Mungkin kali ini kerajaan akan membina lapangan terbang ini. Terima Kasih kita ucapkan kerana menggunakan duit rakyat dengan betul. Walau bagaimanapun, bagaimana pula dengan satu-satunya stadium kita? Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyediakan sebuah stadium? Mengapa Taib dapat memberi konsesi ladang kelapa sawit dengan begitu cepat tetapi tidak prasarana buat penduduk Mukah? Sebab kita orang Mukah selama ini memang dianggap senang ditipu. Persoalannya, jika benar kerajaan serius untuk menyediakan kemudahan ini, kenapa perlu tunggu pilihan raya? Mengapa tidak sesudah memenangi pilihan raya yang lepas? Ini semua merupakan gula-gula yang ditaburkan Taib buat kita agar BN sentiasa berkuasa. Tidakkah kita sudah terasa kita memang senang ditipu?

Banyak lagi isu yang akan Pusuk kupaskan dalam artikel yang akan datang.

Kembali kepada dasar pecah dan perintah. Dasar ini adalah supaya penduduk di pedalaman tidak mendapat pembangunan yang sepatutnya. BN akan berkempen dengan janji yang sama setiap tahun menjelang pilihan raya. Selepas memenangi pilihan raya, rakyat diabaikan. Tidak cukupkah pendedahan dari sumber seperti Sarawak Report, Sadia, NGO dan sumber antarabangsa yang lain? Mengapa perlu organisasi antarabangsa yang perjuangkan rakyat Sarawak tetapi kita mendabik dada? Adakah terlalu sukar untuk menyediakan air bersih kepada rakyat? Atau bekalan elektrik? Tetapi BN dapat pula membina empangan Bakun yang berharga ratusan juta ringgit?

Penduduk di pedalaman mengalami pelbagai bentuk penindasan, tanah dirampas, anak-anak dirogol, dibunuh, diugut oleh pekerja kompeni-kompeni balak yang diberikan lesen oleh Taib. Tetapi apabila ada pihak yang ingin membuat pendedahan, pemimpin BN segera bangkit dan mengatakan ini suatu penipuan. Setiap kita tahu ini bukan satu penipuan. Sudah begitu banyak NGO dan badan antarabangsa yang membuat pendedahan demi pendedahan tetapi malangnya setakat ini, nasib mereka tidak pernah terbela. Dan yang paling tidak dapat kita terima adalah, kita yang mengundi mereka ini sebagai pemimpin kita walaupun kita tahu kes-kes ini memang betul terjadi. Kita mengaku beragama. Kita tanpa segan silu cuba untuk mempertahankan agama kita. Betapa hipokritnya kita! BN dengan sedaya upaya cuba menutup kes-kes seperti ini dan dengan sedaya upaya untuk tidak membangunkan kawasan ini agar tidak mendapat tentangan.

Berbeda pula dengan kawasan bandar. Mengapa kebanyakkan kawasan bandar seperti Kuching dan Sibu telah menolak pemimpin BN yang kotor ini? Kerana mereka tahu bahawa jika kerajaan begini yang memerintah, Sarawak bakal menjadi sejarah. Tetapi mereka ini lebih maju dari pedalaman. Media-media BN seperti RTM, Utusan Sarawak, Utusan Malaysia, Borneo Post sudah tidak dapat mengaburi pemikiran mereka ini. Mereka ini dapat mengakses maklumat dengan mudah. Oleh itu kita dapat melihat senario politik kini di mana BN semakin goyah. Ini tidak mungkin dapat diketahui dari media mereka. Oleh itu Pusuk seringkali mengetengahkan media alternatif agar kita dapat mendengar maklumat dari pihak yang tidak mempunyai kepentingan dengan BN. Pihak yang memperjuangkan hak rakyat.

Inilah dasar pecah dan perintah yang digunakan oleh BN ke atas rakyat Sarawak.

Bagaimana kita boleh duduk berpeluk tubuh apabila kita sudah mengetahui kerajaan kita rasuah dan zalim? Tidak terdetikkah di hati kita yang kita perlukan kerajaan yang bersih dan mampu menyumbang kepada rakyat? Yang mampu memperjuangkan hak kita rakyat Sarawak. Mukah, masih tidak sedarkah kita bahawa kita bertanggungjawab ke atas kesusahan orang dan kesusahan kita sendiri?

Adakah ini kita katakan yang kita berada di zon yang selesa? Sedarlah...

Pusuk mengalu-alukan komen dari para pembaca sama di sini atau pun di FB Pusuk Mukah supaya Pusuk dapat menerangkan dengan lanjut kepada para pembaca jika ada kemusykilan.

Shy Taib to Admit to Bride on Jan 15th




Why should the marriage of a Head of State be treated as a whispered secret? We can now confirm that at last there will be an official recognition of the fact the Abdul Taib Mahmud has taken a new wife with an event in Kuching on Saturday 15th of this month.

Presumably, it will be on this occasion that the Chief Minister will finally announce the name, true age and identity of the lucky lady? Meanwhile, Sarawak Report feels obliged to issue previously unseen pictures that can prove to a bewildered public that the actual wedding has indeed already taken place and that Taib is indeed a married man once more.

Not the grandad but the groom

The couple, seen here in our exclusive picture, are both dressed in white, having just been married. We can confirm that the gentleman, who is somewhat dwarfed by his much younger new wife, is the groom and not an elderly relative.

It may seem ridiculous that the proven marital status of Sarawak’s Chief Minister has still failed to be formally announced. However perhaps the couple were in a hurry? Indeed, Taib’s failure so far to officially present and acknowledge his wife in the normal fashion has made it inevitable that people have been left speculating over the speed and secrecy of this event. Is a fifth potential heir to arrive for the lucky family sooner rather than later? Or was the lightning marriage designed to quash unhealthy rumours (or worse, evidence) of an existing relationship?

Poor PR?

Taib acts the paternal figure at another wedding of a lady older than his new wife today - the daugher of Jabu his deputy

Indeed, there have been numerous marital scandals associated with the Mahmud family, which Taib has fought hard to quash and there would be no desire to add to any of them on the brink of the election. So why such a grave mishandling of PR by Taib and BN by this displaying of all the hallmarks of an emergency wedding?

Worse, it has been followed by a lengthy period of silence with no official confirmation of the situation, giving the appearance that the actors in the affair have been working behind the scenes on how to best present the matter. A wedding should be treated as a public celebration and not a secret scandal, so why has the Chief Minister not managed the affair more skillfully to avoid such an unfortunate style of presentation?

In a country with a free press Taib would not have had a restful New Year’s break, after such a slack management of his PR. Yet, in fact it is understood that he and his young new wife were able to fly off on their holidays and enjoy another marriage ceremony nearer her home, in Syria in the Middle East.

Wouldn’t it be nice to know who her family are and how the couple met? Public figures have to accept a certain amount of scrutiny in such matters – it comes with the job.

sumber: Sarawak Report


Saturday, January 8, 2011

Melanau..Minew Telou Agei Tudui!!!!


by Pusuk

Dangen artikel adik lakau itou Pusuk bak menyabek sai-sai wak bei membacak artikel Pusuk bak menyebar berita itou gak semua likou telou, likou Melanau.

Likou telou agei tudui nda migak2. Telou nebei lalu bak pigek serius perjuangan itou wak bak pejuah baliek kuasa gak rakyat. Jalak Sarawak ajau itou ngak melawen, tapi telou likou Melanau kudok relek gak lebok, jumik pun nda sader likou kek gak Sarawak ngak pekat bak melawen perintah mamak telou itou. Pusuk bak mencabar kelou, sai kelou wak nda taou perintah telou mamak!?? Bei jelawaih ka kelou? Mun nebei, minou telou bak tudui nda migak2!

Itou Pusuk bak pejuah gak semua likou Melanau diak gak Mukah, Oya, Dalat, Igan, Matu, Daro blog-blog gahak website bukti gak telou semua likou kek ngak jauk lebih maju berbanding telou dagen perjuangan itou.


Likou kek bei pulok ribu ngak apah bak melawen. Mungkin alasan telou, telou nda taou. Nyadin ajau itou kelou ngak taou. Atau mungkin telou bak nyadin jaguh kampung? Pebiran gak kampung tapi nebei subet inew-inew bila bak melawen ta'u. Juah duit jumik, lalu nda sader telou pejaja likou telou debei!

Mukah likou Pusuk kawak. Likou kelou kawak. Minou telou perlu bak pekat, Pusuk ngak pedengah memin gak telou. Tapi tapak lau itou, Pusuk kena peden, dengak bei jelawaih pun telou a Melanau Mukah bak jahak perjuangan itou. Ego telou, ged telou, jauk bau keman langit!!

Saderlah Melanau. Telou ngak madek tugun. Paya gei telou bak laju keman a. Atau telou bak pegui likou kek maju baih yern telou bak lulok?! Masa telou lepaih un jelau2.

Jelakau gei Pusuk bak menyabek semua likou Melanau, bak migak ajau! Telou ngak jauk angai ninai likou kek gak Sarawak. Likou kek ngak sader tayi angai ngak. Lau yern ngak ba'ai berpereng jauk awel keman telou. Buyak lau yern ta'au kepentingan bila telou bei perintah bersi wak ta'u memperjuangkan hak rakyat!

Gak semua Likou Mukah, telou kena bak menuloung bak pebak inou cara sekalipun. Pedengah gak sakai2, print artikel bak bacak sakai, juah website bak gui sakai2, share dagen fb telou, email. Umik ga'an pun jasa telou, telou tetap sebahagian daripada perubahan itou. Terima kasih.

-Amun kelou wak bak pekana info wak kelou nebei pernah taew, kelou kena bak add Pusuk gak fb kelou, tapi rasanya agei buyak block. Pusuk Mukah.

Najib jumpa MP BN, selidik peluang menang p'raya

Ahli parlimen BN Sarawak mendahului senarai wakil rakyat parti yang mengadakan pertemuan empat mata dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ahli parlimen berkenan dilihat mula mengisi borang, difahamkan berhubung prestasi pilihan raya umum di kawasan mereka sebelum bertemu dengan perdana menteri sejak jam 9.20 pagi ini.

Ahli parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui bagaimanapun berkata beliau tidak perlu mengisi borang berkenaan.

"Saya sudahpun hafal semua angka tersebut," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, ahli parlimen Alor Gajar yang juga bekas menteri sumber manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn pula berkata, pertemuan ini merupakan satu langkah yang penting.

"Ini kali pertama dalam karier saya bahawa PM bertindak begini sebelum pilihan raya umum," kata ahli parlimen yang telah berkhidmat selama empat penggal itu.

'Projek impak tinggi'

Dalam pada itu pula, ahli parlimen Batang Sadong Nancy Shukri ketika ditemui berkata, perdana menteri secara tidak langsung telah bertanyakan kepadanya mengenai pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Julai tahun ini.

"Dia bertanya kepada kami, apa pandangan kami mengenai projek berimpak tinggi yang boleh membantu kemenangan BN.

"Saya beritahu (Najib) bahawa dia perlu melihat (isu) bekalan air bersih dan memperbaiki jalan raya.

"Sejak tahun 2005, jumlah penduduk Sarawak meningkat sebanyak 25 peratus, tetapi pusat rawatan air masih pada kapasiti 2005.

"Jalan raya juga berlubang di segenap tempat disebabkan oleh (kerja-kerja) pembangunan," katanya lagi.

Tambahnya, isu melibatkan ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak dibangkitkan.

Selain itu, ada di kalangan ahli parlimen yang ditemui enggan mendedahkan mengenai isu yang dibincangkan di antara mereka dengan perdana menteri.

"Saya cuma kata 'hello', dan ucapkan selamat tahun baru kepada Najib. Tiada apa lagi yang saya hendak katakan, kata ahli parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusoff.

Begitu juga ahli parlimen Stampin Yong Khoon Seng yang hanya berkata "ambil gambar saya saja. Tiada komen."

Selain MP Sabah, turut disenaraikan ialah 22 ahli parlimen dari Sabah, Johor dan seterusnya wakil rakyat dari negeri-negeri lain.

Dalam pada itu, ahli parlimen Keningau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pula ketika ditemui selepas menemui perdana menteri berkata, perbincangan dengan pemimpin BN itu berkisar kepada pembangunan kawasan parlimen dan persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bukan 'one-way traffic'

"Perbincangan banyak mengenai pembangunan di kawasan dan perdana penteri mahu supaya anggota parlimen sentiasa turun padang, saya juga bersetuju bahawa ini adalah persediaan untuk pilihan raya umum akan datang, walaupun tarikh belum diketahui," katanya.

Sementara itu anggota parlimen Johor Bahru Datuk Seri Shahrir Samad berkata, apa yang dilakukan perdana menteri merupakan satu proses yang baik kerana suasana sekarang sudah berubah, dimana ia bukan lagi sistem 'one way traffic' yang menyaksikan anggota parlimen hanya terima arahan dari pihak atasan.

"Pertemuan hanya berkisar kepada perbincangan mengenai apa yang berlaku di peringkat akar umbi, dan kami sebagai wakil rakyat menyampaikan kepada beliau (Najib) tentang segala permasalahan atau strategi yang akan diguna pakai bagi mengekalkan kerusi Parlimen Johor Bahru agar berterusan menjadi milik BN," katanya.

Anggota parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed pula menyifatkan pertemuan itu sebagai usaha mengemaskini perjalanan yang berlaku di kawasan parlimen kerana Najib sendiri sudah pun mengarahkan para pegawainya meninjau di kesemua kawasan tersebut.

Semalam Najib yang juga pengerusi BN dilaporkan berkata beliau menganggap pertemuan itu sebagai satu transformasi politik seperti dinyatakannya sebelum ini, dan ia juga bertujuan membolehkan beliau mengetahui keadaan setiap kawasan BN.

Bagaimanapun tidak semua pemimpin BN dijangka dapat menghadiri pertemuan itu kerana beberapa orang anggota Parlimen yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri ketika ini berada di luar negara untuk tugasan rasmi.

Sebelum ini spekulasi berlegar di media dan di kalangan pemerhati politik mengenai kemungkinan pertemuan itu adalah persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mungkin berlangsung pada Jun atau Julai, ataupun serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Julai ini.

sumber-malaysiakini

pusuk- BN.. masih tak nak mengaku takut dengan kebangkitan rakyat!???

Friday, January 7, 2011

Rakyat Strikes Back!!! Tolak RULE of THE JUNGLE!!

by Pusuk

Sarawak Report baru-baru ini telah mendedahkan dengan bukti bahawa pejabat kumpulan NGO Sadia telah diserbu oleh Kementerian Dalam Negeri. Dalam serbuan ini beribu-ribu poster, flyers dan cd telah dirampas. Semua bahan ini adalah untuk menyedarkan rakyat bagaimana mereka telah ditipu dan dimanipulasikan oleh kerajaan PBB, BN di bawah kapten lanunnya Taib!

Ini ternyata betapa terdesaknya BN dalam usaha mereka untuk menutup mulut persatuan dan parti-parti yang memperjuangkan hak rakyat. Langkah menyerbu persatuan ini ternyata akan menjadi igauan ngeri PBB kerana mereka bukan sahaja menunjukkan penyalahgunaan kuasa tetapi mereka juga menunjukkan yang mereka lebih menjaga kepentingan mereka sendiri daripada menjaga kepentingan rakyat. Pusuk tidak dapat percaya betapa bodohnya orang yang mengambil tindakan seperti ini.

Seluruh Sarawak sudah tahu mengenai kewujudan skandal rampasan tanah NCR oleh Taib. Dengan melakukan serbuan seperti ini hanya akan mengiakan kewujudan skandal ini walaupun di kalangan skeptik sekalipun. Sejak pendedahan Sarawak Report, tiada langkah telah diambil oleh Taib untuk membersihkan nama sendiri tetapi berusaha menggangu laman sesawang Sarawak Report. Dan sekarang cuba untuk menutup mulut mereka ini dengan menggunakan kuasa mereka sebagai pemerintah.

Kumpulan NGO dan parti-parti seperti PKR memperjuangankan HAK RAKYAT!! Kalau PBB memang perintah yang baik seperti yang dikononkan kenapa tidak mengambil tindakan yang serius dalam menyelesaikan masalah tanah NCR ini. PKR di bawah Baru Bian telah memperjuangakan hak mereka ini dan telah berjaya memenangai beratus kes di Mahkamah Persekutuan. Kalau BN memang pentingkan rakyat kenapa BN perlu merayu kes-kes ini. Sudah sahih, ini tanah hak rakyat yang dirampas tetapi malangnya BN ingin MERAMPASNYA KEMBALI!!!

Inilah yang kita katakan sebagai RULE of THE JUNGLE! Orang yang sepatutnya diserbu adalah Taib dan kroninya. Laporan sudah pun dibuat kepada MACC tetapi sampai sekarang tiada langkah yang telah diambil ataupun lebih betul lagi tiada langkah yang BERANI DIAMBIL!! Begitu juga dengan kes Menteri Penerangan kita yang dituduh telah merogol amah Indon seperti yang dilaporkan oleh Malaysia kini. Perdana Menteri kita, Najib menjawab "kenapa sekarang baru nak timbulkan isu ini". Wahai UMNO, ini bukan soal bila, siapa dan di mana. Ini soal adakah betul ini berlaku? Kalau betul pemimpin yang bertindak berlandaskan prinsip dan agama, mungkin Najib boleh menjawab begini "Kita akan siasat kes ini. Jika betul kes ini terjadi, tindakan keras akan diambil keatas pesalah". Pusuk yang tak lepas tingkatan 25 pun tahu. Tapi itu UMNO. BAPAK RULE of JUNGLE!! Pusuk bagi nasihat supaya jangan ingatkan rakyat bodoh!! Segala kemewahan yang pemimpin PBB ada hari ini adalah dari rakyat yang telah mengundi mereka. Jangan ingat rakyat dapat dimanipulasikan sebegitu senang!

Sekarang ini pula, apabila pilihan raya sudah bakal menjelma, BN berusaha untuk memperbaiki kerosakkan yang sudah berlaku tetapi malangnya nasi sudah menjadi bubur. Sebab kita akan melipatgandakan usaha untuk menolak pemerintahan BN di Sarawak. Pusuk dan seluruh rakyat Sarawak tahu, pemimpin BN memang tahu semua skandal-skandal ini tetapi demi menjaga kepentingan mereka, hipokrit-hiprokrit ini lupa bangsa dan lupa agama!

-HIDUP RAKYAT-

Taib Strikes Back!

Thursday, January 6th, 2011 GMT

BN and Sarawak’s Chief Minister, Abdul Taib Mahmud, have exhibited their concern about the growing tide of criticism engulfing their government by launching a series of lash-backs in the past 24 hours.

On Thursday night they utilised the police to arrest two groups of high-profile NGOs within a few hours of each other. Both groups were threatened with charges of possessing seditious material, but were eventually released.

The material concerned included discs containing recordings of the popular Radio Free Sarawak programme, which operates as an independent political voice in Malaysia without a Government licence, as well as clips from the alternative Sarawak TV, Bebas.

Nervous of legitimate criticism?

Sarawak Report can offer exclusive pictures of the police raid on the Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), which took place in Kota Sentosa, Kuching, in the early hours of the morning on Thursday. Plain clothes police, accompanied by

Malaysian Ministry of Home Affairs (Kementerian Dalam Negeri – KDN) officials, ransacked the office and removed the discs and copying machines, along with some leaflets and posters. The offensive leaflets bore a compelling visual message – illustrating Sarawak as a milk cow and Taib Mahmud and Najib sitting beneath its udders and squeezing it dry!

The organisation’s Secretary General, Nicholas Mujah, and two associates were taken to the police station for questioning until after 3am before being released. Police also removed legitimate equipment from the office, yet it is believed that the group was eventually released without charges.

Parallel arrest in Miri

This raid in Kuching followed an earlier arrest at Miri airport of the respected NGO lawyer Abun Sui Anyit, who has fought a number of successful cases against the government’s seizure of Native Customary Rights Land on behalf of a number of local communities. He had just arrived from Kuching and is believed to have also been in possession of

CDs containing episodes of Radio Free Sarawak. Clearly the fact that the radio station is building a faithful and growing audience in the state has worried the incumbent Chief Minister. The station, which is broadcast on SW and is available also on the internet, is regularly highly critical of corruption and human rights abuses. It also frequently draws attention to land grab issues affecting native communities, who have had their lands ‘alienated’ under Taib’s amended land laws.

‘Yes it’s political’!

Abun Sui was informed by the arresting officers that he was being detained for “political reasons” and that he was likely to be charged under the Sedition Act of Malaysia (1948) for possessing ‘seditious’ material! But eventually the lawyer was released without charges, showing that the authorities’ jittery behaviour may not be as focussed and organised as their political masters might like.

Meanwhile, Chee See How, a lawyer working with the PKR leader Baru Bian, who is also a leading human rights lawyer in Sarawak, accompanied the SADIA personnel to the police station and they also were eventually released on police bail without charges.

This form of response to the recent criticism shows a level of intolerance towards freedom of speech (which the Government Minister James Masing himself recently defended in an interview with Radio Free Sarawak) that is troubling for the growing opposition movement in Sarawak. But such defensiveness also reveals deep worries within BN about the volume of dissent in the run up to the upcoming State Elections.

The government knows that to use such brute force in its attempts to curb criticism is in danger of back-firing, not least because of the large number of prominent lawyers who are prepared to defend those politicians and NGOs who are

supporting human rights cases against the hundreds of land grabs sponsored by Taib Mahmud and the BN administration. There is also the danger of attracting the international attention of the large number of NGOs, who are concerned by the escalation of environmental and human rights issues in Sarawak.

Will arrests back-fire?

So, Taib has flashed his claws. But, he will have to decide carefully what to do next and whether to continue this strategy of harrassment and arrests or to adopt a lower-key approach for fear of provoking even more bad publicity than he has been receiving already.

Radio Free Sarawak can be accessed at 1800-1900 on 15420 kHz (SW) and at 2000-2100 on 6205 kHz (SW) or via its podcast on www.radiofreesarawak.org.

Sumber - SarawakReport

layari laman web di bawah untuk gambar exclusive!

http://www.sarawakreport.org/2011/01/taib-strikes-back-exclusive-photos/

Wednesday, January 5, 2011

There’s still chance to register for next polls

KUCHING: Register with the Election Commission (SPR) now and you may still be eligible to vote in the coming state election, if it is held in or after May.

SPR Sarawak chief clerk Hasbi Sahri said the commission tried its best to process all applications received in view of the approaching state polls.

He lauded DAP for its constant efforts in helping to register new voters but said some political parties, including the ruling side, tended to submit applications late.

“Our registration is processed and done based on the date the applications are submitted, not the date applicants sign the form.

“Some political parties submit applications late and that is why people do not see their names in the system three months after they fill out the form,” he said when contacted here yesterday.

Hasbi said: “DAP is very fast in terms of new voters registration and change of address.”

He added that the commission had to reject half or more of the total applications submitted by some political parties due to incomplete details or mistakes in the form.

“For DAP, one out of 10 applications gets rejected but other parties may have 50 per cent or more rejected because of mistakes.”

He said it was not true that SPR had personal agenda when rejecting applications.

Hence, he advised applicants to make sure their forms were properly filled and with accurate details.

Among the reasons to reject applications are incompatible address, double registration, wrong identification number and wrong column filled.

He said everyone should be aware that temporary residents did not have the right to vote and applications from the dead would not be entertained.

Hasbi pointed out that it usually took three months to process applications.

In other words, those who register this month will get to see their record in the electoral roll by April.

If one did not find any name in the SPR database after three months, he or she must approach the commission for rectification, he said.

“Usually we do not have any problem registering new voters but if they do not provide accurate information, registration cannot be done,” he added.

At a news conference here yesterday, Pending assemblywoman Violet Yong claimed that the commission lacked efficiency as 47 out of the total 132 applications submitted in June last year had been turned down.

In a breakdown, DAP Sarawak treasurer said, of the 47, one applicant came from Pending while Batu Lintang (11), Batu Kawah (12), Kota Sentosa (16) and other constituencies (7).

“By right, these 47 names should appear in the system in September or October last year but until now, they are still not in the record.

“Previously, we faced similar problems but this time, the number is big, 47. Is there any hanky panky going on? We do not expect any hiccups to stop the opposition from helping to register new voters,” added Yong.

Responding to her claims, Hasbi said the commission would look into the case.

He reiterated that SPR would not reject applications unreasonably.

He advised those who had submitted applications to check their status via website www.spr.gov.my (or click on www.spr.gov.my/eng for English version) as the commission was not responsible for any notification.

“If anyone has problem with his status, come to us. We will see things through,” he added.

SPR Sarawak can be contacted at 082-254867.


Taken from Borneo Post.



To check your status as a voter, click on either links:


English: Electoral Roll Checking.

Bahasa Melayu: Semakan Daftar Pemilih.


If you have not registered as a voter, register now at any post office that has online services. Your registration will take three months to process.

Monday, January 3, 2011

Mimpi Ngeri BN

by Pusuk.

Sarawak merupakan satu negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum yang unik dan indah tradisinya. Satu negeri yang dicanang dengan persefahaman dan integriti kaum yang tidak terkira nilainya. Dengan adanya nilai inilah, tolak ansur dan budi pekerti penduduk Sarawak tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Mungkin tiada satu negara lain dalam peta dunia yang mempuyai keunikkan ini lantas mengangkat Sarawak, bumi terbesar di Borneo, sebagai bumi terindah.

Kini Sarawak berdepan dengan ancaman besar. Ancaman kehilangan identiti yang selama ini dipertahankan oleh penduduk bumi Sarawak. Arus politik yang bertiup kencang dari seberang telah membawa kesedaran kepada rakyat Sarawak. Selama 30 tahun di bawah pemerintahan satu parti yang telah memegang pucuk pimpinan, rakyat Sarawak akhirnya sedar bahawa kuasa rakyat telah hampir lupus sepenuhnya. Janji-janji pemimpin untuk membawa satu kehidupan yang indah kepada setiap orang penduduk Sarawak, sudah menjadi igauan ngeri rakyat. Rakyat Sarawak telah diracuni dengan propaganda BN bahawa BN adalah parti yang memperjuangkan hak rakyat. Realitinya betapa silapnya persepsi ini dan betapa daifnya kita kerana mempercayai propaganda ini. Setelah sekian lama kita meletakkan kepercayaan kita kepada pemimpin yang kita sendiri pilih untuk mengetuai rakyat kita, Sarawak sedar betapa dasyatnya akibat daripada keputusan kita.

Igauan ngeri Rakyat Sarawak bakal berubah. Berubah dengan merobak segala pemimpin yang rakus dan tamak lantas mengenepikan hak dan kepentingan rakyat. “Setiap insan yang bertapak di bumi ini patut dihormati sebagai manusia yang mempunyai maruah dan kebebasan. Pemimpin BN lupa bahawa rakyatlah yang meletakkan mereka di kerusi empuk yang mereka duduk sekarang. Rakyat memberi kepercayaan kepada mereka untuk memimpin kita. Jangan bertepuk dada kerana menikmati segala kemewahan hasil daripada titik peluh setiap insan yang bergelar rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak menderita, ditindas, dipermainkan dan tidak dihormati oleh pemimpin-pemimpin rakus ini”. Wang dan kehormatan perlu ditabur oleh rakyat hanya untuk menjemput pemimpin datang untuk mendengar rintihin rakyat. Inilah layanan pemimpin yang diundi oleh rakyat kepada kita. Dengan bongkak dan sombong, tamak dan rakus lantas lupa, yang rakyatlah yang memberi peluang kepada mereka untuk bergelar YB.

Mimpi ngeri BN bukan lagi Sarawak Report atau Malaysiakini, tapi rakyat Sarawak. Rakyat yang sudah merasa jijik dan meluat dengan keangkuhan pemimpin BN. Pemimpin BN patut berasa malu dengan setiap orang penduduk bumi Sarawak. Segala kokotoran, ketamakkan dan penipuan akhirnya sudah terbongkar dengan nyata. Kini rakyat Sarawak mahukan pemimpin yang dapat mendengar rintihan rakyat saban hari. Pemimpin yang berjiwa rakyat. Memperjuangankan hak rakyat. Menitik beratkan keperitan kehidupan rakyat. Bukan pemimpin yang rakus mempergunakan rakyat demi wang dan kekayaan. Bukan duduk berpeluk tubuh di DUN atau Parlimen. Rakyat Sarawak bakal bangkit dan memperjuangkan kembali kedudukan rakyat, suara rakyat, rintahan dan keluhan rakyat.

Rakyat Sarawak bakal bersatu hati, mengembleng tenaga dan mengerah segala tenaga dan peluh untuk mengingati setiap orang pemimpin yang tamak dan haloba ini bahawa rakyat yang berkuasa, bukannya mereka. Rakyat yang menentukkan masa depan, bukannya mereka. Keadilan dan Pakatan Rakyat akan berganding bahu dengan setiap penduduk Sarawak untuk mengembalikan hak UTAMA ini kembali kepada rakyat… HIDUP RAKYAT!!!!

Minew Telou Perlu Mengundi? (PENTING)

By Pusuk.

Jeminggu cuti, Pusuk pigek kesempatan itou bak mengucap Selamat Lau Ayeng Krismas gak sakai-sakai Kristian telou gahak Selamat Taun Baew gak semua likou Sarawak umumnya, likou Melanau khasnya. Cuti itou Pusuk pigek kawak kesempatan bak bloya gahak belia telou gak Mukah. Pusuk rasa bei jalak masalah wak ayeng angai melanda belia telou lau itou. Dagen 10 lawaih a jemalai/teluaih, Cuma 3-4 lawaih ngak mendaftar mengundi. Itou jalak trend wak merisaukan. Tapi Pusuk paham. Kebanyakkan a muda-mudi lau itou nda sader pun kuasa wak jenuah gak telou sebagai pengundi. Nyadin dagen artikel adik itou, pusuk bak menerangkan secara ringkas minou telou sebagai rakyat perlu mengundi. Mungkin bei perkara wak a muda dengak peden. Nyadin diaklah mun belia Mukah kena bak pebak 5-10 masa bak membaca’ artikel itew.

Biasanya, bila Pusuk membawen a jemalai gak Mukah, kelou ngak mendaftar mengundi ka? Jawapan wak Pusuk trimak, 1)melou nda minat gak politik 2)parti inew pun nyadin perintah, sama un. Wak inew ji wak kena melou? Itou jelas menunjukkan belia Mukah nebei pahem tentang kepentingan pilihan raya ataupun memilek parti wak bak memerintah telou. Pusuk bak pejuah jalak contoh wak paling seneng. Kampung jenuah duit RM5000 bak menabaih kampung. Lalu bei la jemelai-jemelai penadak a menebaih. Duit RM5000 yern bak gaji gahak tuteng, keman, nyok dan itu ini. Bila kajih ngak menebaih, kampung ngak bersi, tapi keman nda jenuah, gaji nda jenuah. Nyaem oren un bei. Lalu pebiran lah jemalai-jemelai itou. Gossip gidei ginan, mengata a keman duit. Lasuk alu tan naseng. Yern contoh wak mungkin berlaku gak ga’an-ga’an pun.

Minou Pusuk bak pigek contoh yern. Buyak mengundi parti wak memerintah telou kurang lebih sama un konsep tapi berlipat kali ganda penting. Minew? Telou a rakyat biasa jenuah kuasa ayeng angai wak telou mungkin nda sader. Telou mungkin pikir nebei kaitan jahak telou. Telou jenuah a kuasa bak memilek pemimpin telou. Memilek a kena bak menjaga kebajikan telou. Pejuah gak telou semua kemudahan gak telou. Cth. Hospital diak, stadium diak, jalan diak, karen, nyaem, airport, masem-masem gei lah.

Tapi telou mungkin nda sader, perintah wak penilek telou itou adalah apah wak telou percayak kena bak menjaga DUIT TELOU supaya bak genuna dagen cara wak betul. Minou duit telou? Bukan perintah ka pejuah duit gak telou? Itou mungkin gian wak telou nda pahem. Telou semua bei bayar cukai. Cukai masem-masem ji. Cukai tanah, cukai jalan, income tax. Semua cukai.

“Mun kelou rasa kelou nebei bayar cukai, cubak kelou pegui ji dagen resit KFC kelou. Bei ka nda tulih cukai kerajaan? Gov tax? 10% keman RM100, buyak cukai RM10. Semua duit itou neh bak pulek gak perintah. Bak bayar gaji a kerja perintah (termasuk polis wak genaji telou a rakyat biasa wak patut menjaga telou, bukan menyabek kopi-o un). Bak menyediakan semua jenis kemudahan gak telou a rakyat biasa itou buyak yern duit telo. Kebanyakan duit wak nebak perintah bak subet itu ini, duit telou. Telou a kerja biasa. A mekieng kedai kopi, a pejaja sayur, a tubeng balau, a dudai, a musok jaban, semua telou a rakyat biasa itou. A gaji 500, 600, 700, 2000, 3000 jebulan, a nenyabek kerja tapi nda kena-kena pun masuok sama. Yern duit lasei telou. Seneng ka bak pinyieng duit???”

Tapi gui kelou ji wak kena telou ajau itou. Perintah kena melei jet bak mapun gidei ginan. Kena bak melei lebok ayeng-ayeng. Kena bak pesawa idak. Tejikah cara bak pebak duit telou itou tuneh. Duit lasei telou jelau-lau. Minou likou miskin ji Philippine pun bak protes ayeng-ayeng mun perintah nda subet kemudahan wak senabek? Buyak lau yern pahem perintah perlu pebak duit lasei lau yern dengan cara wak betul. Cara wak patut pejuah seneng gak lau yern adep. Bukan bak madak kaya a YB wak penilek telou itou tuneh. Duit telou bila telou pejuah gak perintah, telou percayak perintah kena pebak duit yern bak menuloung telou. (contoh duit RM5000 bak menebaih kampung) Bukan bak kinan lau yern adep. Bak melei lebok adep. Inget kelou ta’u-ta’u. Sai wak pejuah duit itou tuneh? Telou wak a rakyat biasa itou.

Sai-sai pun kelou wak kena membacak. Wak nebei skul pun, kena kelou pikir minou likou Sarawak, likou no 4 miskin gak Malaysia. Miskin??!! Minou agei bei a nebei karen gak lebok, agei bei a bak tuteng nyaem hujan (Melanau Bruit, Daro). Agei bei a buyak tindas (Penan). Telou bei segala jenis sumber gak Sarawak. Telou kaya!! Tapi gui kelou gi mudip telou. Hospital umik jalak. Pedeh jumik perlu mapun Sibu, Kuching. Dengak tapak ngak matai. Stadium nebei. Gian bak jogging, bak exercise, nebei. Market baew sibet nda nebak. Sewak murah gak a pejaja perabot. Jalan gak Sau gui kelew gi. Yern japan kalai alak contoh. Kelou adep kena bak pikir wak kek. Kalai pulok taun ngak. Itou jelas menunjukkan duit lasei telou itou tuneh nda nebak cara wak betul. YB-YB bukan main kaya. Kena melei itu-ini. Pusuk bak pedengah gak kelou, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, tapak lau itou lebok dana. Mun bak mata likou telou kaya, YB kena melei lebok ayeng-ayeng minou telou no 4 miskin gak Malaysia??

Nyadin a belia, a jemalai/teluiah perlu pahem. Mengundi itou penting angai. Buyak telou bak memilek a wak telou percayak bak menjaga duit telou. Bak peguna duit telou pebak cara wak diak. Cara wak kena pejuah seneng gak telou. Mun pulok taun masih teji un ji, itou ngak menunjukan bei masalah ayeng. Kak peselouk! Tebawen gak telou adep, ga’an tuju duit lasai telou wak jenuah telou gak perintah itou tuneh??? Bukan patut bak menyedia kemudahan gak telou ka?? Pusuk percayak mun duit telou itou tuneh bak nebak diak, telou mungkin ngak kena mudip ji likou kek. Likou Putih pun kena. Bukan bak miskin likou Sarawak itou!!

Nyadin mun agei bei telou wak mata, itou politik. Melou nda minat. Diaklah kelou bak sader. Itou bukan politik semata-mata. Inou bak rakyat taew, telou bei kuasa bak memilek perintah wak kena pejuah seneng gak telou. Adil gak telou mana-mana ji likou, mana-mana agama. Diak Islam, Kristian, Buddha. Diak Melanau, Iban, Penan, Kina, Melayu, Kelabit, Kenyah. Itou tanggungjawab telou gak telou debei.

Mun telou taew ngak perintah nebei diak, telou patut bak sader. Buyak undi telou kena bak pejuah seneng gak likou telou debei jahak likou kek gak Sarawak. Ataupun pejuah seneng gak likou telou, tapi pejuah sensara’ gak likou a, ataupun pujuah seneng gak YB, tapi pejuah sensara’ gak likou telou debei. Mun telou taew ngak perintah subet jaet gak a tapak a sensara’ angai mudip, (Karen nebei, jalan nebei, bak kan nebei, nyaem nebei) tapi telou tetap bak memilek perintah itou, diak telou kak mengakun telou bei agama. Seneng telou mungkin sensara’ akek wak nebei kena telou bak imagine susah eyern.

-gak kelou wak dengak mendaftar mengundi, diaklah kelou bak mendaftar ajau. Inget. Yern tanggungjawab telou semua-