Wednesday, January 12, 2011

Berpijak Di Bumi Nyata


Mungkin kita sudah biasa mendengar ungkapan ini.. "orang Sarawak masih tinggal atas pokok ka?" ataupun "nak pergi rumah ko kena naik perahu ker?" ataupun "eh...gi tempat ko, ader flight ek?". Apa reaksi kita apabila kita mendengar kenyataan begini? Rendah diri? Atau lasuk? Pusuk seperti kebanyakkan orang juga pernah mendengar kenyataan atau soalan begini daripada orang seberang dan Pusuk tak nafikan betapa mendidihnya perasaan Pusuk ketika itu. Kalau kenalan' biasanya Pusuk akan jawab, "jangan nak sombong, korang dengan bangga kutuk orang Sarawak tapi tak sedar Sarawak yang banyak menyumbang kepada kekayaan korang daripada hasil minyak Sarawak". Tetapi bila Pusuk sudah dapat melihat keadaan yang sebenar, Pusuk mulai sedar.. yang silap bukan mereka tetapi kita.

Dulu memang tidak dapat dinafikan kita tidak mempunyai pengetahuan dalam internet. Pusuk pun pertama kali pegang komputer pada tahun 1990. Pusuk masih ingat zaman muda-muda dulu bagaimana Pusuk bekerja keras untuk siapkan tugasan menggunakan type writer. Sampai sakit hujung jari. Itu dulu. Sekarang dengan adanya internet dan pengetahuan kita mengendalikannya, dunia bagai tiada sempadan. Kita dengan mudah boleh mendapat maklumat. Oleh itu, Pusuk kaji dan selidik, Pusuk dapati tiada gunanya nak salahkan rakan seMalaysia dari seberang. Kita yang naif, kita yang tak dapat terima kebenaran yang sebenarnya kita yang silap selama ini. Biar Pusuk ungkaikan di sini...

Benar atau tidak, Pusuk tak berani nak kata. Tapi kita boleh selidiki. Ini hanya sekadar pendapat Pusuk dari sumber kajian yang Pusuk baca. Orang Mukah lebih bijak membuat keputusan.

Semasa M menjadi PM kita, PM telah memulakan ekspedisi pencarian minyak di Sarawak dengan menggunakan Pet sebab Shell sudah jana keuntungan. Apabila Pet telah berjaya menjumpai minyak-minyak yang banyak ini maka dengan segeralah M menyiapkan perjanjian untuk ditandatangai oleh Sarawak. Tetapi yang kita tidak tahu, rupa-rupanya dalam perjanjian ini tadi, Sarawak hanya berhak ke atas minyak Sarawak jika minyak itu berada dalam linkungan 12km dari pesisir pantai Sarawak. Yang selebihnya, persekutuan yang punya. Oleh itu, kita dapat lihat kebanyakkan rig-rig minyak ini berad lebih dari 12km dari pesisir pantai Sarawak. Walaupun terdapat kemungkinan minyak ini terdapat dalam lingkungan 12km dari pesisir pantai Sarawak. Pusuk nak tanya, jika hanya 12km dari pesisir pantai Sarawak yang punya, bagaimana dengan hasil yang lain seperti ikan? Adakah ini bermakna jika ikan berada lebih 12km dari pesisir pantai Sarawak, persekutuan yang punya? Ini mungkin kerugian kita kerana kejahilan kita. Kita tidak pernah minta perjanjian ini untuk tatapan umum. Untuk kita rakyat Sarawak lihat bersama. Oleh kerana ini, Tengku Razaleigh walaupun dari parti Umno di Kelantan dengan lantang memperjuangkan royalty minyak di Kelantan ditambah. (selidiki latar belakang Tengku Razaleigh). Tetapi di mana suara kita? Kenapa pemimpin kita tidak menyuarakan apa-apa walaupun mereka tahu isi kandungan perjanjian ini? Sakarang, Angkatan Rakyat telah berjanji untuk menaikkan royalty minyak kita kepada 20% daripada hanya 5% yang kita dapat sekarang. Kenapa pemimpin BN Sarawak tidak berani bersuara dalam hal ini? Adakah kita menyertai Malaysia tetapi tidak berhak bersuara? Pusuk hanya musykil.

Kita menyertai Malaysia pada September 1969. Apakah 18 perjanjian yang telah dipersetujui? Tidak pernahkan kita tertanya-tanya? Adakah perjanjian ini kita ikuti sampai sekarang? Kenapa kita tidak pernah tahu isi kandungan perjanjian ini? Adakah ia begitu rahsia sehinggakan rakyat Sarawak tidak boleh mengetahui isi kandungan perjanjian ini?? Pusuk gembira akhirnya ada juga menteri yang inginkan perjanjian ini diikuti. Timbalan Ketua Menteri kita, beberapa minggu yang lepas, dengan lantang menyeru kerajaan persekutuan untuk menghormati perjanjian ini. Pusuk hairan. Kenapa selepas 30++ tahun baru nak memperjuangkan perjanjian ini.?Itu pun selepas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, berjanji untuk memberi autonomi penuh kepada Sarawak jika Angkatan Rakyat menang pilihan raya akan datang. Kenapa BN Sarawak tidak memperjuangkan hak rakyat Sarawak seawal menyertai Malaysia? Adakah kerana pemimpin BN telah diberi kepentingan untuk menutup mulut?

Dalam artikel Pusuk yang lepas, Pusuk ada menyebut tentang dasar pecah dan perintah. Dasar inilah yang telah menyebabkan rakyat buta dan tidak tahu menahu tentang kewujudan perjanjian-perjanjian ini. Jika kerajaan BN serius dalam memperjuangkan rakyat, mereka sepatutnya sudah berusaha untuk mengeluarkan Sarawak dari belenggu kemiskinan. Majukan rakyat pedalaman. Berikan mereka benda yang sepatutnya rakyat Sarawak perolehi. Tetapi kita dapat lihat, BN tiada niat untuk membantu mereka. Kerana apa? Kerana jika mereka semakin maju, maka semakin banyaklah kekotoran BN yang akan mereka ketahui. Kita di abad berbeza. Bukan senang nak tutup bangkai gajah dengan daun benyoh, apatalah lagi jika sudah madam!

Penduduk Mukah tidak ketinggalan dari manipulasi BN. Kita terlalu senang berpuas hati. Memang benar, untuk mengukur pembangunan sesebuah negara, kita melihat kepada material. Kebendaan. Bangunan, jalan dan lain-lain. Tetapi adakah dengan pembinaan beberapa bangunan baru di Mukah, hidup kita menjadi lebih senang? Adakah kita makin selesa dengan kenaikkan harga barang yang melampau sejak kebelankangan ini? Adakah kita menikmati kenaikkan gaji yang mampu bersaing dengan kenaikkan harga barang? Adakah kita merasa semakin kaya atau kita merasa hidup semakin susah? Kenapa tiada pemimpin kita yang memperjuangkan kesusahan kita? Kenapa BN Sarawak hanya duduk diam?Kita warga Mukah boleh fikir dan boleh pilih. Samada kita inginkan kerajaan sekarang? Ataupun kita inginkan kerajaan yang mampu memperjuangkan hak rakyat Sarawak?

"Beliau juga mempersoalkan adakah Najib sudah mengambil kira kemampuan kewangan negara ketika mencadangkan pembinaan Menara Warisan 100 tingkat.Katanya, wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu membekalkan biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu orang di United Kingdom dengan kos RM1 juta seorang. Wang itu juga mampu menampung biasiswa 10 ribu pelajar di fakulti perubatan di Mesir" Idris Ahmad. Sumber: Malaysiakini.

Adakah semua warga Mukah sedar dengan isu-isu yang sedang diperkatakan di segenap penjuru Sarawak? Ataupun kita lebih senang duduk diam tanpa melakukan apa? Ataupun kita rela menjual Negeri kita dengan RM300 setiap pilihan raya?

-Kita yang bertanggungjawab atas tragedi ini. Kita berkuasa untuk menulis sejarah baru abad ini. Gunakanlah kuasa kita dengan bijak-



No comments: